Tuesday, February 2, 2010

Sesungguhnya Allah memang sengaja...

Note: Petikan ni aku amik dari blog Rumaizah. Dia plak amik dari blog Azrul Hisham... aku suka... menyentuh jiwa... insaf kejap...


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya...

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..


*petikan dari
Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January
Islamic Friendship Society (IFS)
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh

Award: WONDERFUL blog

1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.-

Siap

2. Make sure u take the pic n said it is from

Cik Husna --- nun di seberang utara sana yang mmg dah lama tak jumpe….

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself

Okey la.....

(1) Faktanya aku mmg sayang tok ngan tokki…bila la dapat luangkan masa duk rumah tok ngan tokki….dah berapa bulan tak pegi umah tok …. Huhuh…. selagi tok ngan tokki masih ada, aku nak jugak diaorang tau yang aku wujud…. Sedih gak bila tok kata dah lama tak nampak aku…. Padahal bukannye jauh pun, 30 saat je dh bleh sampai rumah tok …hujung minggu lepas tak bleh gi rumah tok, sebab kena pergi Johor emergency… Kak Ila (kakak ipar) sakit tenat... marilah doa sama2…. “Ya Allah… kuatkan lah semangat kami dan abang sekeluarga dalam menempuh dugaan-Mu…. semoga Kak Ila juga kuat semangat dan cepat sembuh,… Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan kami… Amin….”

(2) Aku suka bercucuk tanam… tapi sekarang aku sedih…. taman mini ku musnah… seme pokok kena alih kat tempat lain sebab tempat dulu kena korek buh tangki jamban… tapi takpe, itu semua utk keselesaan ayah jugak… nak kena cari masa untuk bina semula taman…. Huhuhu… bina taman kat kawasan tangki tu jugak…kat lain rasa2nya tak sesuai…. boleh dikategori kan taman ke? Huhuhuh….

(3) Aku sedang berteka-teki samada aku mampu atau tak untuk sambung PhD… kemampuan dari segi mental…(bukan kurang mental ar…) takot hilang semangat sekerat jalan… siapa yang boleh tolong aku untuk kutip dan kumpul semula semangat yang dulu? Siapaaaa??? Tolong aku Ya Allah…! Dan aku juga ada keluarga yang perlu jaga perasaan mereka. Takkan nak tinggalkan diaorg lagi… Maafkan kita mak ayah….

(4) Aku suka duk sibuk buat kerja lain… kerja-kerja kraftangan la kononnye… seme benda nak buat sendiri… benda2 berkaitan ngan kerja makan gaji ni tak siap lagi nih…. Huhuhu….

(5) Sekarang punye hobi duk semangat jahit baju kurung…. Semalam dah siap satu, tapi terkecik la plak… perasan kurus kononnye… seb baik ada kain lebih, bleh la nak adjust semula… rasa2 macam ada confident la sket nak amik upah jahit baju kurung….sape2 nak amik upah aku jahit bleh la… harga standard…

(6) Aku suka bisnes2…. Tapi kalau yang seangkatan mcm MLM tu tak nak dah… dah serik sgt2….

(7) Aku skrang dlm usaha untuk tak tido awal… kalau buat kraftangan ke menjahit ke sampai 3 pagi pun bleh tahan mata… tapi kalau tang study mata ni tak bleh nk tahan lama… Cemana nk sambung belajar nih? Dr Dabwan ada bagi banyak paper untuk aku baca demi proposal PhD, tapi 1 pun tak abis baca lagi….huhuh

(8) Kekadang aku rasa aku nak duk sorang2 di sebuah pulau yang jauh dari orang yang aku kenal….aku nak jerit sekuat hati…..

(9) Aku tak suka duk bandar yang selalu je jam….. dgn habuknye, dgn org yg ramai, hiruk pikuk kota… pergi jenjalan sekali-sekala takpe… tak bleh nk imagine cemana org yang menetap kat bandar bleh tahan fizikal dan mental…tiap2 hari duk beratur panjang di tengah jalan raya…. Dan Alhamdulillah sangat2 aku dapat kerja kat sini, jalan lengang….

(10) Faktanya…aku mengambil masa yang lama utk fikir dan tulis 9 perkara diatas….ini baru half page…cemana aku nk tulis tesis PhD nanti….huhuhuh….mampu kah aku?


4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog :

(1) adikku Fatin
(2) Cikgi Dilla
(3) Aslida
Yang lain abis di tagged oleh Husna, Farhana dan Nadiah… hmmm…. kalu ada lagi i tambah lain kali la ye…


5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged!!!

Baik... baik….