Wednesday, December 14, 2011

5S

Pertandingan 5S baharu sahaja berlalu 11 Disember 2011. Keputusan akan diumumkan pada hari esok, Khamis 15 Disember 2011. Fakulti lain nampak hebat 5S nye, dengan dekorasi yang menarik, tagging yang kemas, susunan yang teratur. Kelmarin tengok kat FTKEA (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Automasi). Suka tengok kawasan ruang tamunya, nampak eksklusif. Fakulti lain belum ziarah lagi.



Tengah semangat buat 5S kat bilik sendiri ni, dan juga sempena nak masuk semester baru!

Mulakan dengan laci meja. Berapa markah ni? Lulus tak?



Adeiiiii, masuk semester baru, ada dua subjek baru! Cabaran!

Wahai anak-anakku yang dikasihi sekalian.
Akan saya usahakan untuk berikan ilmu yang bermanfaat untuk kalian semua.
Sokongan dan kekuatan daripada kalian juga amatlah saya perlukan.
Moga dipermudahkan segala urusan.


Terima kasih Allah...

Tuesday, December 13, 2011

Sarapan: Ditaja oleh Cik Wan


Alhamdulillah.... sarapan hari ini ditaja oleh Cik Wan...


Terima kasih Cik Wan....

Ni ada kata-kata sikit untuk u...


Ada broccoli takde kubis,
Ku makan sampai habis,
Bekas memang ku basuh,
Tak perlu tunggu u suruh.


Terlalu sedap ku tak tipu,
Terima kasih ku ucap tersipu-sipu,
Nak mintak masak lagi untuk ku,
Tiap-tiap hari pun ku mahu.


Ku tahu u memang pandai masak,
Ku tahu u kerja memang cermat,
Esok masak la nasi lemak,
Lusa tak perlu masak sebab ada taklimat.

(^-^)V

Sunday, December 11, 2011

Menukang meja

 Aktiviti hujung minggu >>>> hasilkan meja daripada kayu terpakai...


 Dengan kekuatan dan kesabaran yang diberikan oleh Allah, dapat juga gergaji kayu menggunakan gergaji tumpul.... huhuh....
Rag rug ada interframe jugak... :)


 Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.... siap mejaku dalam masa lebih kurang 4 jam.
Kos = RM2.00 >>> untuk beli paku sahaja, tu pun tak guna semua paku tu.

Warna =  ???