Wednesday, December 30, 2009

Indahnya alam...

26 Disember 2009: Dalam perjalanan ke Kemaman, singgah kat Taman Rekreasi Kemasik. Kalau ada peluang nak singgah lagi...


Ada ketam disebalik kayu... (^^)V.


Gambang Resort Water Park

23 - 24 hb Disember 2009: Ambil cuti 2 hari luangkan masa bersama famili di Gambang Resort Water Park... Kak Ngah dapat voucer percutian percuma 2 hari 1 malam, yang lain tu menumpang je.... hehehe.... terima kasih Ngah.


Baru 3/4 selipar ni... Penuhkan apartment selagi mampu... (^^)V



Berenang kat kolam free ....

Ayah pun join sama.... tak banyak tangkap gambar sebab sibuk duk main air... tak lepas peluang main semua yang ada kat situ.... dari 10 pagi hingga tempat ni nak tutup (6 petang)... hehehe...

Terima kasih

Cinta bukanlah hanya kata-kata, tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.


Cuti....

Bila nak cuti panjang ni....? Emmm... Bila nak gi Penang lagi?


Sunday, December 20, 2009

Semangat!



"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran."




- Flower A. Newhouse



Sunday, December 13, 2009

Pasu atau bakul surat khabar

Sedia menerima tempahan pasu atau bakul hasil dari gulungan surat khabar lama... disini disertakan contoh pasu berbentuk tempayan. Hasil percubaan pertama dan belum disapu cat. Harap dapat hasilkan yang lebih menarik untuk dijual.... ngeeeeeeeee....

Harga boleh dirunding.... Terima kasih.

Langsir

Sedia menerima tempahan langsir.... harga boleh dirunding... disini disertakan contoh langsir yang siap dijahit...


Harga boleh dirunding.... Terima kasih...

Majlis berkhatan

9 Disember: Kenduri dan solat hajat.
10 Disember: Acara berkhatan beramai-ramai.



Letak gambar makanan pulak.... ngeeeeeeeeee....

Kerabu kaki ayam.


Puding gula hangus... sedaaap nih....


Banjir gelombang kedua

3 hingga 6 Disember: Banjir gelombang kedua.
Taman mini hampir musnah...huhuhuhu... pokok orkid tersayang mati tenggelam air, tak sempat nak gantung. Nasib baik ada lagi 2 pasu orkid yang masih hidup... Alhamdulillah... kurang semangat nak tanam pokok. Nampaknya lepas ni wajib tanam pokok dalam pasu kecuali pokok yang tahan lasak, kalau banjir senang nak alih....



Bunga hantaran

Pertama sekali nak minta maaf daripada penerima hantaran tunang tu.... hehehe.... sebab tak sampai sejam hantaran tunang tu tiba kat rumah, saya dah cabut semua bunga.... ngeeeeeeeeeee

Ini lah hasilnya... pasu plastik tu pun cabut dari hantaran tunang yang Aishah letak anggur... (^-^)V


Banyak juga bunga kat hantaran tu, boleh gubah dua tingkat lagi... pasu tu pulak, rembat je hasil tangan Nadiah guna surat khabar lama.... jangan marah ea.... emmm.... budget berapa ek untuk gubahan ni? heeeeeeeeeeeee.....

Majlis tunang Aidil

28 November: Majlis pertunangan Aidil dan Aishah.

Hantaran daripada pihak perempuan.


Hantaran daripada pihak lelaki.
Saje boldkan... hasil tangan saya, kakak dan adik. Kepada sesiapa yang nak tunang dan kahwin, jika rasa berkenan dengan style gitu atau tema lain, bolehlah tempah... harga boleh dirunding..... ngeeeeeeeeeee....

Hari Raya Korban

27 November: Alhamdulillah.. dengan izin Allah S.W.T yang Maha Kuasa, korban dapat dilaksanakan dalam cuaca yang cerah. Awan cerah sangat... tiada setitik hujan pun, padahal 2 hari lepas hujan tak henti2 dengan banjir yang hampir tenggelamkan kampung. Kemudian, 2 hari selepas raya korban tu, hujan turun lagi tak henti2 .... banjir gelombang kedua. Subhanallah....



Rumah kita naik air eee ooo

22 hb November: Sampai Kemaman - singgah TATiUC jap - ambil cuti terus balik kampung sebab rumah banjir.... balik nak main air.... hehehe


Parking kereta jauh dari rumah ... sebab air dah melimpah jalan....


Kalau air melimpah jalan macam ni, maknanya banjir besar la....


Apa lagi... tak lepaskan peluang main air banjir walaupun ada jumpa lintah sekor.... hehehehe



Bandung 7: Jalan-jalan


Apa makna kawasan 7 Titik ek?


Nak tiru cara Husna tangkap gambar dalam flight.... hehehe....


Awan hujan...