Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Menukang meja

 Aktiviti hujung minggu >>>> hasilkan meja daripada kayu terpakai...


 Dengan kekuatan dan kesabaran yang diberikan oleh Allah, dapat juga gergaji kayu menggunakan gergaji tumpul.... huhuh....
Rag rug ada interframe jugak... :)


 Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.... siap mejaku dalam masa lebih kurang 4 jam.
Kos = RM2.00 >>> untuk beli paku sahaja, tu pun tak guna semua paku tu.

Warna =  ???



Monday, October 24, 2011

4th rag rug

Rag rug yang ke-empat selamat dihasilkan semalam. Cikde hasilkan rag rug kali ni hanya menggunakan jari, sangat senang dan tidak perlu lagi guna pengait.

Tak sabar-sabar nak tangkap gambar pun nyeee... so, you all can see my handmade rag rug like that.. Kalau tangkap gambar rag rug kat outdoors, nampak hasil lagi cantik...!


Lepas ni, nak cari t-shirt warna purple plak sebab nak hasilkan rag rug ikut warna tema - purple... ahaksss :)

Friday, October 21, 2011

Menganyam beg mengkuang


Hari ini, tolong kakak menganyam beg mengkuang.... banyak giler nak kena siapkan... boleh rujuk sini, SIAPKAN TEMPAHAN BEG MENGKUANG....


Penganyam cilik... perut kenyang, suka la dia duk dekat anyam sama2... huhuhu


Wednesday, October 19, 2011

Warna mengkuang


Sabtu, 15 Oktober 2011. Alhamdulillah, sempat bantu kakak mewarna mengkuang untuk menganyam tempahan beg mengkuang. Kata kakak, tempahan ini dibuat oleh Puan Munira (kalau tak silap la...) dari Kuala Lumpur (lupa pulak dari syarikat mana...). Beliau inginkan beg mengkuang sebanyak 100 buah untuk dijadikan cenderahati kepada peserta seminar yang majoritinya adalah peserta luar negara. Beliau memilih beg mengkuang katanya kerana ia adalah salah satu barangan 100% kraftangan Malaysia. Berpatutan dengan harga dan bajet seminar kot. Kalau nak bagi cenderahati songket, jenuh la kan... huhuhu...

Proses warna mengkuang ada dijelaskan secara terperinci DISINI.




Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk siapkan tempahan. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah dikemukakan kepada saya atau silalah berkunjung ke blog jendilacraft.blogspot.com.

Terima kasih.



Saturday, October 15, 2011

Rag rug

Bismillaa hirrahmaa nirrahiiiiimm....

Alhamdulillah, hari Jumaat kelmarin (15 Oktober 2011), dapat juga siapkan 1 rag rug (alas kaki). Kalau search dengan pakcik google, taip "alas kaki" keluar kasut, selipar... :( ... Rupa-rupanya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan rag rug yang menarik. Yang ni, cikde buat rag rug dengan menggunakan kaedah kait. Daripada beli kat kedai, baik buat sendiri. Kain lap kaki je pun. Nak kena beli jugak ke? Huhuhuh...

Cikde gunakan t-shirt lama yang dah-tak-nak-pakai untuk hasilkan rag rug ni. Bak kata header blog cikde ni, "Amalkan kitar semula, selamatkan bumi kita". Hehehe. Kain t-shirt ni tak berbulu apabila digunting. Mudah.... Daripada guna t-shirt/kain buruk macam tu je buat lap kaki, lebih baik kait/jahit elok2... baharu lah nampak alas kaki tu kemas sikit.


1. Gunting t-shirt seperti dalam gambar di bawah. Sambungkan atau jahit hujung kain. Ada sesetengah cara tu sambung kain main ikat simpul je, tapi tak kemas sikit la.
                           
                            
                
2. Pengait ..:) . Besi langsir yang dibengkokkan. Tak perlu beli pun. Giler punye jimat.

                
                             
3. Kain yang telah disambung-sambungkan, belit2 mcm bola. Dah kait sikit dengan warna biru. Pengait cikde patah. Sekarang ni masih guna pengait yang tu juga, dah repair, ikat pada kayu. Nampak antik sangat. hahaha...


                               
 4. Separuh siap. Pengait yang telah diikat pada kayu.

                 

 5. Rag rug yang dah siap...!!! Berukuran 20 inci panjang. Bagi mak dan ayah rasmi guna. Sekarang ada kat depan pintu toilet ayah. Best sangat lap-lap kaki kat alas kaki buatan sendiri tu! Hahaha...



Rag rug yang pertama ni  terhasil daripada 3 helai baju t-shirt. Guna sampai 3 helai maybe sebab kait kemas sangat kot. Lepas ni, nak cuba kait jarang dan longgar sikit.

Alhamdulillah...

Letak label bisnes. Mana tau kot2 ada org nak beli.. hahaha.... kalau tengok kat google, omputih suka buat rag rug yang besar2, macam karpet plak jadi. Sangat selesa, sangat menarik.

Wednesday, June 23, 2010

Mesin jahit Epal

16 Jun 2010: Alhamdulillah.... petang rabu yang bertuah dengan hujan renyai2 menyambut ketibaan mesin jahitku model Janome 2409... Moga ini adalah hujan rahmat dimusim kemarau begini... akhirnya aku dapat miliki mesin jahit sendiri... susah payah kumpul duit nak beli ni... bayar pendahuluan sejak 24 April 2010 lagi...


Banyak yang boleh dijahit dan semoga dapat pulangan keuntungan yang lumayan. Paling penting adalah ketelitian, kesabaran dan kesungguhan. Mudah-mudahan ada yang berkenan untuk ambil upah jahit langsir dengan aku... nak buat projek kuilting... moga menjadi.... Amin...

Sunday, December 13, 2009

Pasu atau bakul surat khabar

Sedia menerima tempahan pasu atau bakul hasil dari gulungan surat khabar lama... disini disertakan contoh pasu berbentuk tempayan. Hasil percubaan pertama dan belum disapu cat. Harap dapat hasilkan yang lebih menarik untuk dijual.... ngeeeeeeeee....

Harga boleh dirunding.... Terima kasih.

Langsir

Sedia menerima tempahan langsir.... harga boleh dirunding... disini disertakan contoh langsir yang siap dijahit...


Harga boleh dirunding.... Terima kasih...