Tuesday, March 27, 2012

Popiah simpul beli

Ini gambar popiah simpul yang dibeli, bukan buat sendiri. Sebab saya tak rajin nak menyimpul, nak masak-masak macam CIK WAN tuh.... huhuhu






Sunday, March 18, 2012

Perkahwinan Abang Shaari

Alhamdulillah, pada malam 9 Mac 2012 (Jumaat), abangku selamat lafaz akad nikah untuk perkahwinan kedua beliau bersama Siti Nur Izdihar. Majlis perkahwinan pula telah diadakan pada keesokan harinya di Dewan Serbaguna Taman Tas, Kuantan.

Perkahwinan bawah pedang yang penuh meriah. Dalam kemeriahan itu juga terselit kesedihan pabila teringat arwah. Kehidupan mesti diteruskan dan mestilah berusaha penuhi kehidupan itu dengan kegembiraan moga ia lebih meriah dan selesa. Moga perkahwinan yang gemilang ini sentiasa dilimpahi keberkatan.

Masihkah ada peluang menyaksikan perkahwinan bawah pedang ahli keluarga sendiri? InsyaAllah... ahli keluarga ku kan ramai.. mungkin suatu hari nanti ada yang mengikuti jejak abangku untuk menjadi ahli tentera yang berjaya dan berpangkat tinggi. Aminn.... berkhidmat untuk negara.