Showing posts with label Rag rug project. Show all posts
Showing posts with label Rag rug project. Show all posts

Monday, October 24, 2011

4th rag rug

Rag rug yang ke-empat selamat dihasilkan semalam. Cikde hasilkan rag rug kali ni hanya menggunakan jari, sangat senang dan tidak perlu lagi guna pengait.

Tak sabar-sabar nak tangkap gambar pun nyeee... so, you all can see my handmade rag rug like that.. Kalau tangkap gambar rag rug kat outdoors, nampak hasil lagi cantik...!


Lepas ni, nak cari t-shirt warna purple plak sebab nak hasilkan rag rug ikut warna tema - purple... ahaksss :)

Thursday, October 20, 2011

Third rag rug

Alhamdulillah... siap rag rug yang ketiga semalam.... hehehe.. mesti mak suka nih.
yang ni macam cantik sikit, ada finishing dengan one black line. suka. suka... tapi, tapi kan.... bentuknya tak berapa nak oval... nekad nak buat lagi... :). tak cukup kain nak kait nih...!!

mohon sesangat kepada sesiapa yang ada t-shirt yang dah tak nak pakai, sedekahkan kepada saya. boleh juga saya manfaatkan t-shirt tu jadikan rag rug daripada terbiar dimakan anai-anai... ehehehe...


Hasilnya lebih kurang 16 inci lebar.
                                         
                                       

Tera buh depang mesing basuh.. eheheh... come giler tuh!
                                  

Saturday, October 15, 2011

Rag rug

Bismillaa hirrahmaa nirrahiiiiimm....

Alhamdulillah, hari Jumaat kelmarin (15 Oktober 2011), dapat juga siapkan 1 rag rug (alas kaki). Kalau search dengan pakcik google, taip "alas kaki" keluar kasut, selipar... :( ... Rupa-rupanya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan rag rug yang menarik. Yang ni, cikde buat rag rug dengan menggunakan kaedah kait. Daripada beli kat kedai, baik buat sendiri. Kain lap kaki je pun. Nak kena beli jugak ke? Huhuhuh...

Cikde gunakan t-shirt lama yang dah-tak-nak-pakai untuk hasilkan rag rug ni. Bak kata header blog cikde ni, "Amalkan kitar semula, selamatkan bumi kita". Hehehe. Kain t-shirt ni tak berbulu apabila digunting. Mudah.... Daripada guna t-shirt/kain buruk macam tu je buat lap kaki, lebih baik kait/jahit elok2... baharu lah nampak alas kaki tu kemas sikit.


1. Gunting t-shirt seperti dalam gambar di bawah. Sambungkan atau jahit hujung kain. Ada sesetengah cara tu sambung kain main ikat simpul je, tapi tak kemas sikit la.
                           
                            
                
2. Pengait ..:) . Besi langsir yang dibengkokkan. Tak perlu beli pun. Giler punye jimat.

                
                             
3. Kain yang telah disambung-sambungkan, belit2 mcm bola. Dah kait sikit dengan warna biru. Pengait cikde patah. Sekarang ni masih guna pengait yang tu juga, dah repair, ikat pada kayu. Nampak antik sangat. hahaha...


                               
 4. Separuh siap. Pengait yang telah diikat pada kayu.

                 

 5. Rag rug yang dah siap...!!! Berukuran 20 inci panjang. Bagi mak dan ayah rasmi guna. Sekarang ada kat depan pintu toilet ayah. Best sangat lap-lap kaki kat alas kaki buatan sendiri tu! Hahaha...



Rag rug yang pertama ni  terhasil daripada 3 helai baju t-shirt. Guna sampai 3 helai maybe sebab kait kemas sangat kot. Lepas ni, nak cuba kait jarang dan longgar sikit.

Alhamdulillah...

Letak label bisnes. Mana tau kot2 ada org nak beli.. hahaha.... kalau tengok kat google, omputih suka buat rag rug yang besar2, macam karpet plak jadi. Sangat selesa, sangat menarik.