Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Minit-minit terakhir di Jepun

Rasa macam baru je pergi. Upload gambar lama, 30 Januari 2011. Gambar-gambar di Lapangan Terbang Kansai, Jepun.
                  
                     
                      
                   
 Huhuhuh...  bukan ape, nampak tak ada tertulis SITA kat tali tu... SITA, KIX CUTE CLUB... kelab untuk orang-orang cute... ahahahhaha.... betol dop?
 

Fuhh, nasib baik sesangat!!! pikul barang sikit je, tapi berat jugak tu... kalaulah takde keberanian berdepan dengan saat-saat mencemaskan time tuh, lagi berat barang yang nak kena pikul.... huhuhu.

Terdiam seketika, terkedu... datang kat kami polis yang boleh cakap bahasa Melayu. Hahaha... tak bleh lupa la apa yang berlaku saat2 kena siasat ngan polis Jepun tu...

Pastu, ralit duk beli fridge magnet kat dalam airport tu, sampai ada orang datang mai panggil nek flight... hahaha... menggelabah bayar... bukan stewardess kot datang panggil, tapi yang tukang jaga pintu masuk flight tu... apa ke nama tak tau....  kalau tak, naya la merempat kat airport tu... huhuh

kenangan yang tak dapat dilupakan....


Saturday, October 8, 2011

Kunjungan Prof Kaneco

Banyak benda tak ter'update. Kelmarin dan hari ni bercuti bersama keluarga kat Holiday Villa, Cherating. Best kumpul ramai2... nanti la update kat blog. Bukan pe, buh sini pun sebagai kenang-kenangan untuk tatapan masa depan... Ada yang tersurat, tak kurang juga yang tersirat.

Ok la, kita ke aktiviti Prof Kaneco, Dr. Ahmed dan anak-buahnya selepas pembentangan TAMIE 2011.


Khamis, 8 September 2011. Sekitar jam 3.30 petang, bertolak keluar dari ITC untuk jalan-jalan sekitar Petronas, Kerteh. Alang-alang dah dekat dengan Paka, mereka ku jemput minum petang di rumah mak ayah.

           
                 

 Terima kasih kat mak, ayah, Kak Long, Abang Long, Abang Meri, Atin, Syuhada, Suraya sebab tolong sediakan makanan dan sudi luangkan masa bersama mereka. Terima kasih.


9 September 2011, selepas lawatan ke Polyplastics Asia Pacific Malaysia SDN. BHD. Dalam jam 5.30 petang, dengan bantuan Ilyas, pandu kereta ke Pantai Kemasik. Sesampai je kat tepi pantai, Prof Kaneco terus panjat batu, santai menikmati angin pantai... 

Prof Kaneco, with blue T-shirt.
               

10 September 2011, dalam jam 10.30 pagi, bersama Prof Kaneco ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah Dato' Ahmad Said. Terima kasih kat Roziani sebab sudi teman makan-makan kat situ.
           


Kemudian, pergi melawat Universiti Islam Antarabangsa, cawangan Kuantan.




Makan tengahari di Teluk Cempedak.

             
             
Ziarah Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan.
                 
                
                             
                    
                                 

Membeli belah di East Coast Mall.
                    
                   
                  
Jam 5.30 petang, di Lapangan Terbang Kuantan.
                

Alhamdulillah, mereka semua selamat pulang ke Jepun. Semoga dapat berjumpa lagi.
               

Wednesday, September 21, 2011

KOLOKIUM TATIUC-MIE (TAMIE 2011) - Part 2


Aktiviti sempena kolokium TAMIE 2011 diteruskan pada hari berikutnya, 9 September 2011 iaitu lawatan sambil belajar di kilang Polyplastics Asia Pacific Malaysia SDN BHD, Gebeng, Kuantan. Kilang ini merupakan salah satu kilang cawangan Polyplastics Co. Ltd dari Jepun. Lawatan kami disambut baik oleh Encik Mohamad Shamsul bin Hussin dan semua warga kerjanya. Seramai 31 orang termasuk 22 orang pelajar Polychem telah menyertai lawatan ini. Aktiviti sebegini sememangnya dapat memberikan banyak maklumat terutamanya kepada pelajar sebagai pendedahan awal tentang suasana pekerjaan dan sebagai pemangkin untuk mereka terus cemerlang di TATIUC.


             
      
      
    
  
       
     
              
                   
            

Tuesday, September 20, 2011

KOLOKIUM TATIUC-MIE (TAMIE 2011) - Part 1


Kolokium sehari antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia, FTKK, TATIUC dan Universiti MIE, Jepun telah diadakan pada 8 September 2011 di Kampus ITC, TATIUC. Kolokium ini diadakan bagi mengukuhkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin antara TATIUC dan Universiti MIE. Program ini juga adalah rentetan daripada program yang terdahulu iaitu pertukaran pelajar dan pertukaran kakitangan. Sebelum ini TATIUC telah menghantar 2 orang kakitangan ke Universiti MIE (Disember 2010 – Januari 2011) bagi menjalankan latihan penyelidikan. Seterusnya, Universiti MIE pula menghantar 2 orang pelajarnya pada 23 – 24 Februari 2011 dan 2 orang lagi pada 11 – 21 Mei 2011 untuk membuat pembentangan penyelidikan mereka. Pada bulan Oktober 2011 ini, TATIUC pula akan menghantar seorang pelajar ke Universiti MIE untuk meneruskan pembelajaran selama 6 bulan di sana.


Bagi Kolokium TAMIE 2011 ini, seramai 8 orang pembentang daripada Universiti MIE termasuk Professor Madya Satoshi Kaneco dan Dr. Ahmed Dabwan membentangkan penyelidikan mereka. Manakala 6 orang pelajar mewakili FTKK, TATIUC yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Hassan telah turut serta membentangkan penyelidikan mereka. Melalui Kolokium TAMIE 2011 ini, kedua-dua pihak berjaya berkongsi idea dan maklumat dalam menjalankan penyelidikan seterusnya.


 
 Nasib baik ada Wan teman... terima kasih tau...
Khamis, jam 2.00 pagi: Pendaftaran masuk Hotel ITC, Kampus TATIUC.



 
       
       
       
          
      
       
         
        
       
  
      
 
             

Friday, July 22, 2011

With Yasuki san

20 Mei 2011: Time ni Isamu dah balik Jepun, tinggal Yasuki. Aku bawa Yasuki jalan-jalan kawasan Kemaman dan melawat Zoo Kemaman. Ini pertama kali aku masuk Zoo Kemaman. Firdaus, Shafiqah, Hafiz dan Aina pun ku angkut jenjalan sekali.











Dr. Ahmed belanja makan malam.



Sabtu: Yasuki menghadiri kenduri kahwin di Bukit Kuang.