Tuesday, September 20, 2011

KOLOKIUM TATIUC-MIE (TAMIE 2011) - Part 1


Kolokium sehari antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia, FTKK, TATIUC dan Universiti MIE, Jepun telah diadakan pada 8 September 2011 di Kampus ITC, TATIUC. Kolokium ini diadakan bagi mengukuhkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin antara TATIUC dan Universiti MIE. Program ini juga adalah rentetan daripada program yang terdahulu iaitu pertukaran pelajar dan pertukaran kakitangan. Sebelum ini TATIUC telah menghantar 2 orang kakitangan ke Universiti MIE (Disember 2010 – Januari 2011) bagi menjalankan latihan penyelidikan. Seterusnya, Universiti MIE pula menghantar 2 orang pelajarnya pada 23 – 24 Februari 2011 dan 2 orang lagi pada 11 – 21 Mei 2011 untuk membuat pembentangan penyelidikan mereka. Pada bulan Oktober 2011 ini, TATIUC pula akan menghantar seorang pelajar ke Universiti MIE untuk meneruskan pembelajaran selama 6 bulan di sana.


Bagi Kolokium TAMIE 2011 ini, seramai 8 orang pembentang daripada Universiti MIE termasuk Professor Madya Satoshi Kaneco dan Dr. Ahmed Dabwan membentangkan penyelidikan mereka. Manakala 6 orang pelajar mewakili FTKK, TATIUC yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Hassan telah turut serta membentangkan penyelidikan mereka. Melalui Kolokium TAMIE 2011 ini, kedua-dua pihak berjaya berkongsi idea dan maklumat dalam menjalankan penyelidikan seterusnya.


 
 Nasib baik ada Wan teman... terima kasih tau...
Khamis, jam 2.00 pagi: Pendaftaran masuk Hotel ITC, Kampus TATIUC.



 
       
       
       
          
      
       
         
        
       
  
      
 
             

0 comments: