Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Skype pertama

11 Disember 2010, Sabtu: Alhamdulillah... hari ke-13 di Jepun dalam jam 11.oo pagi, baru lah dapat Skype dengan famili... gembira sangat dapat tengok wajah keluarga tersayang... ok la, kat sini cikde abadikan gambar pertama kita melalui alam maya ni... huhuhu...


Rindu kat semua...!!! Moga semuanya sihat2 dan ceria sentiasa.... Amin..

Thursday, December 2, 2010

Tempat tinggal - bhgn 3

1 Disember 2010, Rabu: Tempat tinggal apartment/bilik cikde dekat2 dengan stesen keretapi, Edobashi Station. Tiap-tiap 5 minit mesti ada keretapi lalu sini. ambil masa 20 minit jalan kaki ke Universiti Mie. jalan kaki je... huhuhu...



Masataka Sensei hantar dengan kereta dia. cikde dapat bilik kat tingkat 3. nampak tak bangunan putih kat belakang tu. itu la bangunannya. lepas selesai semua angkut barang ke bilik dan penerangan semua, baru la cikde keluar jalan2 dengan Nabihah dan ambil beberapa keping gambar sekeliling.


Emm... cerita tempat tinggal tak habis lagi ni... panjang cerita sebenarnya... mula2 memang cikde dapat bilik seorang. katil sebiji je. tapi...

.
.
.
.
.
dipendekkan cerita, Nabihah pun dapat tinggal sekali dengan cikde dekat apartment ni. dapat bilik yang ada 2 katil. makanya, dapat lah cikde dan Nabihah menginap disini sama2... dibilik yang sama... masak sama2.. jalan sama2... kalau duk asing2, jenuh jugak nak berkomunikasi.. tiada telefon...

p/s: kalau nak guna telefon, Hotlink caj sms=RM2.00 per sms, jawab panggilan RM4.00 seminit. makanya, mintak maaf banyak2 la kalau cikde tak balas sms/panggilan ye... mahal oooo.....

Tempat tinggal - bhgn 2

30 November 2010, Selasa: Hari kedua, kami pergi ambil kunci untuk bilik Nabihah di Foreign Student’s House. Bilik Nabihah kat aras 2. bilik cikde kat tempat lain.

Ada bilik basuh (mesin basuh guna percuma) dan dapur di bilik berasingan. Thung (pelajar Vietnam) terangkan pada kami cara buang sampah. Memang kat Jepun ni sampah dia dah asing siap2, yang mana plastik, kertas, tin dan sebagainya. Dari yang sebesar-besar sampah, hingga sekecil-kecil sampah pun diasingkan… huhuh… takjub sungguh… terlalu rapi oooo…untuk mudah nak kitar semula. Paling takjub setakat ni adalah kotak susu. Kena buka/koyakkan jadi sekeping baru boleh buang.

Cantik gak pemandangan kat bilik Nabihah. Kat luar pagar universiti ada kebun sayur dan kebun bunga.



kali ni cikde tunjuk satu lagi alat yang digunakan tiap2 hari.. haa.. siapa boleh translate ni? mmg tak guna pun 21 degree tu... kami guna 27-29 degree... baru terasa panas dalam bilik tu. kalu kat Malaysia, mahunya nak guna seminimum mungkin 16 degree... betul dop?

Tempat tinggal - bhgn 1

Untuk hari isnin hingga rabu (3 hari 2 malam), cikde dan Nabihah tinggal kat Guest House (Sumeiso). Dekat je dengan Universiti Mie.

mula-mula masuk, kena tukar selipar merah tu. kasut letak kat sini dan mesti susun macam gitu - pusingkan. kalu cikde tak pusing, nanti orang yang jaga Guest House ni akan pusingkan... huhuh...



bilik cikde dan Nabihah kat aras atas. tandas kat aras atas. bilik air plak kat aras bawah. kat bilik ada tv flat skrin lagi. selimut tebal giler, ada 2 jenis selimut.


ni pemandangan pada waktu siang dan malam. dekat je tu kan dengan Universiti Mie. nampak pintu pagar dan pondok jaga situ.



cuba teka, alat dalam gambar ni utk apa? hehehhe.... :)