Thursday, December 2, 2010

Tempat tinggal - bhgn 3

1 Disember 2010, Rabu: Tempat tinggal apartment/bilik cikde dekat2 dengan stesen keretapi, Edobashi Station. Tiap-tiap 5 minit mesti ada keretapi lalu sini. ambil masa 20 minit jalan kaki ke Universiti Mie. jalan kaki je... huhuhu...



Masataka Sensei hantar dengan kereta dia. cikde dapat bilik kat tingkat 3. nampak tak bangunan putih kat belakang tu. itu la bangunannya. lepas selesai semua angkut barang ke bilik dan penerangan semua, baru la cikde keluar jalan2 dengan Nabihah dan ambil beberapa keping gambar sekeliling.


Emm... cerita tempat tinggal tak habis lagi ni... panjang cerita sebenarnya... mula2 memang cikde dapat bilik seorang. katil sebiji je. tapi...

.
.
.
.
.
dipendekkan cerita, Nabihah pun dapat tinggal sekali dengan cikde dekat apartment ni. dapat bilik yang ada 2 katil. makanya, dapat lah cikde dan Nabihah menginap disini sama2... dibilik yang sama... masak sama2.. jalan sama2... kalau duk asing2, jenuh jugak nak berkomunikasi.. tiada telefon...

p/s: kalau nak guna telefon, Hotlink caj sms=RM2.00 per sms, jawab panggilan RM4.00 seminit. makanya, mintak maaf banyak2 la kalau cikde tak balas sms/panggilan ye... mahal oooo.....

0 comments: