Tuesday, December 28, 2010

Ise

Ini cerita 25 Disember. Selepas melawat Mikimoto Pearls Island dan makan tengahari, kami sambung perjalanan ke Ise. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Italian Restaurant. Ise dan Toba masih lagi dalam Mie Prefecture.

The Ise Shrine (Ise-jingū) is an important Shinto shrine complex in the city of Ise in southern Honshu, Japan. Also known as the Grand Shrine of Ise (Ise Daijingū), its great significance is indicated by its official name - Jingū ("The Shrine"). A popular place of pilgrimage as well as a tourist attraction, the Ise Shrine has been designated a National Treasure (kokuhō) by the Japanese government. (baca lebih lanjut disini)


Melintas jalan.



Melalui lorong ni. Banyak gambar. Kawaii.



Kemudian, melalui lorong kedai-kedai ni. Macam-macam ada jual, cuma tak terbeli aje... Sensei jalan cepat menuju tempat yang dituju, jadinya tengok sekali pandang aje.



Melalui jambatan..



Melalui hutan tebal. Banyak pokok besar dan tinggi. Utsukushii.


Melalui tangga yang tinggi. Kat atas tu tempat sembahyang mereka. Tak pasti la pulak mereka itu agama apa.



Masa pulang. Melalui tasik yang ada ikan besar. Besar kan?



Dalam perjalanan pulang, baharulah singgah kedai-kedai tadi. Tertarik dengan koleksi pinggan, mangkuk dan cawan kat sini. Menarik dan mahal. Tengok2 aje, tak beli apa2 pun. Teringin nak ada koleksi cawan/mug dalam kotak-kotak kayu sebagai hiasan dinding. Cantik...


Okano san ajak makan malam dirumah beliau, jauh = lebih kurang dalam sejam setengah perjalanan dari Ise. Isterinya hidangkan makanan berasaskan sayur, ikan dan telur sahaja. Makan dengan sopan menggunakan chopstick. Tapi, malang tak berbau, cikde tergigit chopstick = patah sikit kat hujung.... hahahah... rosaakk...

Makanannya sedap... oishii.. Arigatougozaimas Okano san...

0 comments: