Tuesday, December 14, 2010

Gozaisho mountain : part 4

Sambungan Gozaisho mountain : part 1, Gozaisho mountain : part 2 dan Gozaisho mountain : part 3.

Alhamdulillah, akhirnya sampai puncak gunung Gozaisho lebih kurang dalam jam 11.15 pagi. Yang cikde tunjuk kat gambar bawah ni, tangan kiri menunjukkan tempat yang cikde berada = menggunakan cable car. Sebeleh atas tu pulak, dia kata kita boleh pergi menggunakan cable lain. lagi jauh dan boleh main ski. tapi masa cikde pergi ni tak berapa ramai orang dan kurang salji, maka yang itu ditutup. Kalau buka dan nak naik, kena bayar lagi ¥ 600.00


Di puncak gunung, kelabu = kabus/awan --->> tinggi kan... angin kuat sangat kekadang macam nak jatuh/terbang aje. sejuk giler seh... cantik sangat pemandangan dia. Mr Koya cakap, kalau datang musim bunga dapat la tengok pemandangan lebih terang = kurang kabus. tapi bg cikde, macam ni pun ok juga. Subhanallah.... cantiiiiik sangat... boleh makan awan.. ngap ngap ngap...

boleh datang sini pada musim2 yang berbeza = pemandangan yang berbeza.... kan ada musim salji, musim luruh, musim bunga dan musim panas... heheheh... watashi wa suki des.. suka suki...


Gambar atas: Ketinggian kat sini ialah 1212 meter. Bulan 12.. dan 22 itu ialah tahun ini (2010) ikut tahun Jepun.



Tengah sembang-sembang, Mr. Koya nampak ada snow... ==== salji tuh... hehehe
Kami pun terus meluru ke arah tempat yang ada snow.


Dapat main2 snow sket, pijak2 snow, buat snow man... ambil gambar cumel bg anak2 sedara semua jeles... hahahah... jeles dop?

eh eh eh... aduyai... memang la yang ni sikit aje snow nye... takpe2, nanti cikde pergi tempat yang ada lagi banyak snow dan boleh main ski.... mesti jeles kan? ahahahah...


Belajar rajin2 ye... moga kalian semua juga dimurahkan rezeki dan dapat pergi ke mana saja yang kalian suka... worait!!!


Dalam jam 2.00 petang (lepas solat zohor) baharu lah kami turun dari Gozaisho mountain ni.

Sekian....

2 comments:

nursakinah said...

miss..best nya!!!sob3x...
mis mcm mana nak add labmate mis.sy tak tahu.email nye ape?fb ke or blog???

gomennasai.
Watashi wa itsumo mend┼Źna norikumi-indeshita.
(maaf.sy selalu sushkan miss)sob3x..:(

Marsita said...

hehehe.... takde la susah... nanti sy bg email kat fb awak ok...