Tuesday, December 14, 2010

Makan malam : ketam

13 Disember 2010, Isnin:

1) Alhamdulillah… pagi tadi cikde dah selesai satu presentation dalam kelas Kaneco Sensei.

2) Alhamdulillah sekali lagi sebab dalam jam 6.00 petang (gelap dah masa ni = malam), Masataka Sensei bawa cikde dan Nabihah makan malam bersama Mr. Koya kat kedai makan Honten… Semua makanan ada ketam. fuuuuuhhh… oishii (sedap). Ada banyak giler hidangan, hidangan sampai satu demi satu.. watashi wa suki (saya suka).

Sabtu minggu lepas, masa kami jalan2 dengan Dr. Asma dalam perjalanan pergi Cosmos (waktu siang), dia pernah cakap yang kedai ni memang boleh kita pergi makan => halal, sebab dia guna ketam, tapi mahal giler = tak berani nak masuk. Mampu tangkap gambar aje masa tu => free. Tapi, malam ni cikde dimurahkan rezeki berpeluang makan kat kedai tu… hehehe… jeles tak?


Gambar kedai (tangkap dah lama dah).





...
...
...

Makan bersama Masataka Sensei dan Mr. Koya. Kat gambar bawah ni (dekat chopstick tu) ada tulisan Kora kan, nampak? Kora maknanya kulit/bahagian belakang ketam.


Origami bentuk ketam.


0 comments: