Saturday, December 4, 2010

Kedai 1

Alhamdulillah... Seronoknye... hari ni Jumaat. Cuti!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum mak ayah dan keluarga. Moga semuanya sihat2 belaka....

Sempena cuti ni, Cikde nak update blog dengan tajuk kedai.. kedai kat Jepun yang Cikde pergi la... Kedai yang pertama Cikde pergi (29 November) ialah kedai roti. Dekat je dengan Universiti Mie. Nor (isteri Fadil) tunjukkan yang mana boleh makan dan yang mana tak boleh makan. Kat kedai roti ni Cikde tak beli apa2 pun, tengok2 je.

Kedai yang kedua (29 November), Abg Fadil dan Nor (dengan kereta diaorang) bawa kami ke kedai second hand. Cikde tak tangkap gambar situ. Kedai tu jual baju sejuk terpakai, kasut terpakai dan banyak barang2 lain yang masih cantik dan nampak baru. Harga sangat murah dan mampu milik. Kedai dia macam supermarket kita, besaaaar, dalam satu bangunan. Mesti hati2, ada barang diperbuat daripada kulit ba alif ba ya. Kat kedai second hand ni Cikde tak beli apa2 pun, tengok2 je.

Kedai yang ketiga (1 Disember), ada gambar. Jom layan gambar dulu......


Kedai runcit ni dekat je dengan apartment Cikde. Seberang jalan je. Nampak tak ada nescafe dan lipton? Harga lipton (25 uncang) ialah 298 Yen = RM11.44. Kat kedai runcit ni, Cikde tak beli apa2 pun, tengok2 je.


0 comments: