untuk makan malam, Masataka Sensei bawa cikde dan Nabihah pergi makan sushi bersama Thung dan Yuen Sa (pelajar Vietnam) dan Liyana (pelajar Malaysia). lupa nama kedai. lebih kurang 15 minit (kereta) daripada Universiti Mie. cikde banyak amik sushi yang ada telur dan udang sahaja. ada jugak amik ikan punye tapi ikan punye style dia tu nampak macam daging, buat conpius2 je. udang senang, memang kita dah nampak ngan ekor2 udang skali.
air dia canggih, tak perlu guna jug pun. amik cawan, tekan je kat paip (kepala hitam) tepi meja tu ha... air panas... minum la nk minum banyak mana pun. Liyana bancuhkan air teh untuk kami guna teh serbuk, takde sebutir gula pun untuk teh ni... harap mak ngan ayah kat kampung tu boleh cuba2 la minum teh tak bergula. ok2 je la. baik untuk kesihatan.
dalam berhati2 pun banyak jugak makan. makan benda yg sama. tengok pinggan tu, bersusun-susun.. hehehe... sebelah kiri cikde Masataka Sensei. sebelah kanan cikde tu Cik Nabihah lah. depan tu Liyana dan Yuen Sa. dah habis makan, dia ada 1 permainan. masukkan pinggan dalam tempat khas dia tu. kalau bernasib baik dapat la hadiah... semua mencuba dan cikde sorang je bernasib baik dan dapat hadiah. hehehe.. nak tau apa?
0 comments:
Post a Comment