Tuesday, December 21, 2010

Nagoya : Toyota Museum

18 December 2010, Sabtu: Selepas makan dan solat di Restoran Sariraya, sensei bawa kami ke Muzium Automobil Toyota (setengah jam perjalanan). Besar sungguh muzium ni! Macam2 jenis kereta ada, macam2 model, macam2 bentuk... dari kereta paling kecil hingga lah kereta paling besar.. dari kereta antik hingga lah kereta moden... semua ada.... Mari layan gambar...




Gambar atas: emmm... sopan je kan berdiri tepi kereta... huh, jiwa bergelora nak naik pusing2 stereng.. (macam tak yakin je guna perkataan stereng = bahasa ganu. Betul la ejaan dia STERENG). Orang Jepun sopan tau, sentuh pun tak... tengooooooook je..

Gambar atas: Ini bukan kereta kuda tau.. kereta ni memang ada enjin, tapi macam tak nampak pulak stereng kat mana... ada stereng dop ni?

Gambar bawah: gambar ni cikde yang kecil atau memang kereta ni yang besar?

Gambar atas: kereta hybrid = guna kuasa elektrik.
Gambar bawah: teringin nak ada koleksi kereta mainan.. huhuhu

0 comments: