Thursday, December 2, 2010

Tempat tinggal - bhgn 2

30 November 2010, Selasa: Hari kedua, kami pergi ambil kunci untuk bilik Nabihah di Foreign Student’s House. Bilik Nabihah kat aras 2. bilik cikde kat tempat lain.

Ada bilik basuh (mesin basuh guna percuma) dan dapur di bilik berasingan. Thung (pelajar Vietnam) terangkan pada kami cara buang sampah. Memang kat Jepun ni sampah dia dah asing siap2, yang mana plastik, kertas, tin dan sebagainya. Dari yang sebesar-besar sampah, hingga sekecil-kecil sampah pun diasingkan… huhuh… takjub sungguh… terlalu rapi oooo…untuk mudah nak kitar semula. Paling takjub setakat ni adalah kotak susu. Kena buka/koyakkan jadi sekeping baru boleh buang.

Cantik gak pemandangan kat bilik Nabihah. Kat luar pagar universiti ada kebun sayur dan kebun bunga.



kali ni cikde tunjuk satu lagi alat yang digunakan tiap2 hari.. haa.. siapa boleh translate ni? mmg tak guna pun 21 degree tu... kami guna 27-29 degree... baru terasa panas dalam bilik tu. kalu kat Malaysia, mahunya nak guna seminimum mungkin 16 degree... betul dop?

0 comments: