17 Disember 2010, Jumaat: Hari ni sensei beri cikde cuti.... sebab Sensei dan beberapa orang labmate pergi conference kat Hawaii = tiada orang kat lab.
Dikesempatan cuti ni, cikde pergi Masjid Mie. Syukur sangat2 sebab bukan senang nak jumpe masjid kat Jepun ni. Masjid Mie ni adalah masjid baru dan yang pertama di Mie Prefecture. Majlis pembukaan masjid ni dibuat tanggal 26 April 2009 = baru lagi kan? Dekat aje dengan Universiti Mie = luar pagar universiti.
Pergi dengan basikal lor...
Kepada Abang Meri = huhuh, mintak maaf banyak2.... kompas yang Abang Meri dan Kak Zan bagi pinjam tu sudah hilang... tinggal bukunya aje... entah macam mana boleh jatuh, balik cari2 tak jumpa... nanti cikde ganti ok....
Beli kompas yang baru... masa nak naik Gozaisho mountain jumpa kompas ni... mahal tau = 500 Yen... tak reti la guna kompas... berpusing2 jarumnya... tak nak duduk diam... nak kena beli kompas yang lagi mahal kot... lama juga nak confirm compas tu duk diam betul2... Gambar atas tu menunjukkan qiblat kat Mie, ke kanan sikit daripada West...
Banyak juga aktiviti yang dibuat kat masjid ni. Ajar anak2 mengaji, majlis raya, pendek kata disinilah tempat berkumpul umat Islam di Mie ni... Di Masjid Mie ni kita boleh shopping makanan halal. Banyak la juga (lupa nak amik gambar dalam kedai). Contohnya: ayam, daging, frankfurter, roti canai (cappati), berbagai jenis rempah (import Brazil, India, Thailand dan lain-lain rasanya).
Cikde beli beras Thailand 5kg, 1500 Yen = RM 57.60.. ayam 900 g = 400 Yen = convert sendiri la yerk...
0 comments:
Post a Comment