Sunday, October 10, 2010

Gerai Polychem sempena konvo ke-4 TATIUC (Bhgn 1)

7 Oktober 2010, Khamis: Kelab Polychem buka gerai sempena majlis konvokesyen TATIUC kali ke-4. Kami jual ice blended, rojak buah dan murtabak maggi. Jualan amat memberangsangkan walaupun baru pertama kali berniaga. InsyaAllah jika diberi peluang, kami ingin berniaga lagi di konvo atau apa jua pesta akan datang di TATIUC.



Panjang ceritanya untuk kami dapatkan tepung ice blended ni.... Akhirnya, pada pagi Rabu 6 Oktober 2010, Roziani (pelajar BKPT) dapat hubungi pembekal tepung ice blended iaitu En Edi dari Kuala Terengganu . Terima kasih kepada En Edi kerana mempercayai kami dan terus menghantar tepung ice blended sebanyak 15kg melalui bas dan pada petang Rabu juga bekalan ice blended selamat sampai ke tangan kami. Terima kasih juga kepada pelajar BKPT yang lain kerana bersusah payah berusaha demi Gerai Polychem. Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan
tepung ice blended
, boleh hubungi En Edi di talian 013-9136211.



0 comments: