Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Al-Fatihah utk Ahmad Termizi

Kelmarin, tanggal 1 September 2010, kami kehilangan seorang pelajar bernama Ahmad Termizi bin Ahmad Ridzuan.. kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung. Al-Fatihah untuk beliau....


Bagi rakan-rakannya, kehilangan beliau amat menyedihkan. Bagi aku sebagai mentor, kehilangan beliau amat aku rasakan, beliau seorang pelajar yang baik dan cemerlang, tiada subjek yang gagal, dapat belajar dengan baik di TATiUC.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin...

Thursday, July 1, 2010

Al-Fatihah utk Kak Ila

24 Jun 2010: Al-Fatihah untuk Kak Ila...

Kak Ila, kakak iparku selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat pada 25 Jun 2010. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis (24 Jun 2010), sebelum solat Isyak dirumah sewanya di Johor. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang disayangiNya.



Moga abang ku Shaari dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan. Kami amat merasai kehilangan Kak Ila yang sangat baik hati, penyayang dan ambil berat tentang hal-hal keluarga. Aku pasti merindui masakan Kak Ila yang memang sedap sokmoooo...