Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Fogging

Cik Wan dan Iffah datang rumah di hari fogging. Jamu 'jeppuk'. Takdop gambo Cik Wan + Iffah kat rumah. Bukan senang nak jenjalan ke sini.. kan? Silalah datang lagi ea...



Fogging di kawasan rumah.

Moga Wani cepat sembuh. Esok cikde gi hospital lagi ea.. Memang lah duk hospital diberi layanan istimewa, tidur berkelambu putih, makanan terhidang sedia, tapi yang tak tahannya bab kena cucuk jarum… kan? Sian Wani, bengkak2 tangan masuk air banyak sangat.

Walaupun Wani mula kena demam denggi tu dari Kota Bharu, tapi dah bermalam di kampung, maka kat kampung pun kena fogging jugak. Cikde rasa, inilah pertama kali rumah kita dan rumah jiran sekeliling kena fogging tau.

Adei, nak kena bersihkan longkang depan rumah.

Tuesday, March 27, 2012

Popiah simpul beli

Ini gambar popiah simpul yang dibeli, bukan buat sendiri. Sebab saya tak rajin nak menyimpul, nak masak-masak macam CIK WAN tuh.... huhuhu






Tuesday, December 13, 2011

Sarapan: Ditaja oleh Cik Wan


Alhamdulillah.... sarapan hari ini ditaja oleh Cik Wan...


Terima kasih Cik Wan....

Ni ada kata-kata sikit untuk u...


Ada broccoli takde kubis,
Ku makan sampai habis,
Bekas memang ku basuh,
Tak perlu tunggu u suruh.


Terlalu sedap ku tak tipu,
Terima kasih ku ucap tersipu-sipu,
Nak mintak masak lagi untuk ku,
Tiap-tiap hari pun ku mahu.


Ku tahu u memang pandai masak,
Ku tahu u kerja memang cermat,
Esok masak la nasi lemak,
Lusa tak perlu masak sebab ada taklimat.

(^-^)V

Wednesday, February 16, 2011

My dear housemates


 11 February 2011, morning... sushi in Telok Kalong Kemaman....


 

 Evening, spend some time with my housemates at Mesra Mall.






.
.
.

Thursday, January 27, 2011

Nabe

Dalam jam 12.30 tengahari, bertolak ke rumah Kak Ina, menjamu selera makan nabe. Kata Kak Ina nabe ni maknanya periuk.. jadinya, makan periuk... hihihi...  masak atas meja macam dalam gambar kat bawah ni...




Dua-dua Baby tak pergi sekolah... Baby deman... Baby sorang lagi tumpang cuti jugak... hahaha... seronok ada kembar kan, tumpang sama tumpang... mak ayah pening...

Anyway, terima kasih Kak Ina buat makan2 untuk kami... doakan kami berpeluang bermastautin di Jepun jugak nanti...

Thursday, January 20, 2011

Nagoya 4: Usu Kannon

 Sambungan Nagoya 1, Nagoya 2 dan Nagoya 3.

 Tak tau dah nak karang apa... layan la gambar mana yang ada yer...


 Di kawasan membeli-belah Usu Kannon. Banyak barang menarik yang boleh dijadikan cenderamata.




Makan takoyaki... 



 

 

Usu Kannon Temple.... berhampiran situ je...



 Ape ntah nama ikan ni... Liyana suka, kami tumpang makan sekali... sedap jugak... macam mochi...






Sebelum bertolak pulang, luangkan masa bergambar bersama Dina Chan yang kesejukan diselimuti salji...


Akhir kata, mintak maaf sangat2 kat Liyana sebab biar dia memandu sorang2. Cikde kat belakang tertidur. Sesekali terjaga teman Liyana memandu. Bahaya sangat jalan bersalji ni, kekadang jalan jadi licin, kekadang jalan jadi berbatu sebab salji tu jadi keras = jalan jadi macam jalan yang berbatu kerikil. Memandu perlahan-lahan. Jalan sesak, penuh dengan kenderaan.. lebih 2 jam agaknya terperangkap... Jalan sebelah satu lagi (sebelah kanan) tak bergerak langsung, kalau di kira mungkin lebih daripada 15 km juga jam. Sampai rumah jam 2.30 pagi. 

Serik tak? Naik train okey kan?

Saturday, January 15, 2011

Sushi untuk semua

14 Januari 2011, Jumaat: Tinggal beberapa hari sahaja lagi Cikde dan Cik Nabihah akan pulang ke Malaysia. Kejap aje rasa kan? Demi meraikan orang yang banyak membantu kami semasa berada di bumi Mie, kami adakan makan-makan di kedai sushi. Lain kali nak minta tolong lagi.. ehehe...

Terima kasih kami ucapkan kepada semua = Nor dan Abg Fadil sekeluarga, Kak Ina dan Abg Zurazman sekeluarga, terima kasih ye. Liyana tak dapat datang untuk malam ni, sebab dia ada ujian kat sekolah.


Suasana dalam kedai Sushi... blur pulak gambar ni... emmm...




Nor dan baby Fatima



Keluarga Kak Ina dan Abg Zurazman bersama anak-anaknya : Aishah, Maisarah, Nisha dan Nasha. Semua berambut pendek.... ehehehe.




Gambar atas: Udon dan Nuruddin yang nakal.
Gambar bawah: Udang mentah, rasa macam nak m*ntah.



Dah habis makan, luangkan masa bergambar ramai-ramai.



Doakan mudah-mudahan kami diberi peluang untuk bermastautin di bumi Mie bulan April nanti. Amiiiin... Terima kasih semua.
.
.

Sunday, January 9, 2011

Sushi

Terima kasih Nor dan Abg Fadil kerana sudi bawa kami ke kedai jauh. Domo arigatou gozaimas.

Masa untuk hilangkan penat setelah seharian di kedai memilih barang utk dibawa pulang. Makan sushi....

Thursday, January 6, 2011

Makan lagi

6 Januari 2011, Rabu: Makan-makan bersama Nor... alaaaaa... lupa nama kedai la... kedai jenis buffet... makan tengahari untuk buffet hari ini ialah 1350 yen. Kalau sorang2 tak tau nak makan apa, sebab kena pilih yang mana halal. Makan sepuas perut...




Ini kononnya nak buat macam aiskrim Mc Donald... sekali dah pusing2, penuh, panik tak tau nak tutup... makanya, jadi macam ni...

Friday, December 31, 2010

Snow snow snow

Gambar snow lagi...

Kejap ada, kejap takde snow... dah selesai makan dalam jam 2.30 petang, start snow yang agak lebat dan bersaiz besar... nak tengok?









Alhamdulillah... Tengahari, cikde makan ni... nasi putih, sayur, ikan goreng... best...
Eh, tak caye?... sedap neh...

Thursday, December 30, 2010

Masak-masak

Jepun cuti lama sempena tahun baru (lebih dari seminggu ). Tiada perancangan kemana-mana pun lagi. Hmmmm.. mungkin esok pergi pusing2 kawasan(?) dengan basikal... Hari ni cuaca hujan sampai ke petang. Dua hari ni, cikde duk kat rumah aje. Kerja nya = tv pastikan terpasang, tengok2 blog, tidur bila mengantuk dan masak untuk dimakan bila lapar....

..
..
Tadaaaa.... masak ni...


Mummy jangan bimbang, kita kat sini makan ok2 aje, oishii.
Rindu mak dan ayah....

Monday, December 27, 2010

Toba : Italian Restaurant

25 December 2010, Saturday: After feed our eyes with billion of pearls, now is time to feed our stomach. Okano San said, we can have pasta seafood from this Italian Restaurant which located near to Mikomoto Pearl Island.

p/s: hehehe, omputih plak hari ni... 2 ayat tu je pun. Sir Ayoh Cik Ling ---> guane? ok?... :)


Sunday, December 19, 2010

Nagoya : Sariraya

18 Disember 2010: Dari Istana Nagoya, kami terus ke Restoran Sariraya (sebuah restoran Indonesia) untuk makan tengahari.


Semua order nasi+rendang daging = baru jumpe daging halal. Alhamdulillah.. kenyang..

Tumpang solat kat rumah mbak Indonesia ni. Kedai makan bawah, rumahnya di atas. Dah lima tahun dia berniaga disini.. giler lama tuh buat duit kat Jepun ni.