Tuesday, January 18, 2011

Nagoya 2: Masjid Nagoya, Kebab & Utsukaya

Sambungan Nagoya 1.

Puas bermain salji, kami teruskan perjalanan. 

Cantik sangat pemandangan pepohon bersalji... Cik Nabihah dan Liyana kata macam dalam cerita Narnia gitu... putih semuanya...




 Kami menunaikan solat zohor di Masjid Nagoya.



Kemudian ke kedai kebab (Turkish Taste) yang terletak berhampiran Masjid Nagoya. Sementara menunggu kebab siap, kami layan posing kat luar kedai.



 



Sedap juga kebab kat situ. Seusai sahaja makan, kami teruskan perjalanan ke kedai kain Utsukaya berhampiran Nagoya Station. Banyak kain cotton kat sini. Rambang mata memilih. Harga kain kat sini lebih kurang 500 - 700 Yen untuk semeter (lebih kurang RM19 - RM26 semeter). Yang lagi mahal pun ada = harga lebih daripada 1000 Yen semeter. Tapi, perlukah kain mahal-mahal? Beli sekadar untuk buat kenang-kenangan sahaja.

 
 

----bersambung----

3 comments:

Thot said...

hi salam adik....ambik gmbr byk2. buat kenangan. mana tau nnt dpt pegi lg heheheh njoy there yer & take care also. berapakah agaknyer suhu masa salji tu? huhuhuhuhuh

arixahmad said...

kaksita yang ku sayang

Mengkuang berduri said...

kak wati: waalaikum salam... yup, bergambar selagi ada bateri... lupa dh suhu hari tu... tapi mmg sejuk... masa main salji tak hengat sejuk... lepas main, tangan pedih giler kesejukan...

ariza: iyer adikku sayang.