Monday, January 3, 2011

Pusing Mie

Kelmarin, 2 Januari 2011, Cikde dan Cik Nabihah berbasikal untuk melihat kawasan sekeliling Mie berbanding kawasan bilik demi kesihatan mata.. ekekekeh... best... seronok... Jauh juga kami berbasikal... ke Paka pun tak pernah kayuh basikal.

1. Pertamanya, kami melalui jalan keretapi ini yang lain daripada kawasan Edobashi.


2. Misi mencari tasik masih tidak berjaya. Ini bukan kawasan tasik yang kami cari. Teruskan kayuhan...



3. Jumpa kawasan berbukit. Pepatah Melayu ada berkata, "malu bertanya sesat jalan". Makanya, kami pun tanya orang Jepun kat sini.

Cikde: Ohaiyoo gozaimasu. Sumimasen. Doko de tasik biru-biru ni?
Orang Jepun: Hai, %&?#@$*%.

Orang Jepun tu faham apa yang Cikde tanya... hehehe... menurut apa yang dia beritahu, kami sudah sedikit terlajak. Tasik yang kami cari dibelakang sana nun... Cikde ada bawa peta la...

Tidak mengapalah, sebelum patah balik, kami panjat tangga mendaki bukit demi melihat kawasan sekeliling yang luas. Nampak bangunan Saty, tempat shopping harian...



6. Kemudian, berpatah balik untuk mencapai misi mencari tasik. Ada bangunan-bangunan tinggi. Kebanyakan bangunan disini tidak bercat, tapi menggunakan batu-bata berwarna menarik.


7. Haaaaa... misi berjaya. Tasik yang dicari-cari sudah jumpa, Alhamdulillah... Cantiiikk... Teringin nak tengok kawasan sekeliling tasik ni pada musim bunga. Mesti lain rupanya.


8. Mengayuh pulang. Tapi masih ada banyak tempat untuk disinggah.


9. Salah satunya, masuk hutan. Banyak pokok buluh. Tiada semut, tiada kerengga... Semua serangga berhibernasi... sejuuukk kan.... :)


10. Singgah di Shimamura (kedai pakaian, nanti cikde buh gambar kat post lain ye). Kemudian, teruskan perjalanan melalui jalan yang berbeza = eksplorasi... akhirnya sampai juga kawasan Edobashi ni (kawasan apartment cikde). Tak pernah bergambar/berbasikal di kawasan ni. Subhanallah, cantiiiik sangat... luas mata memandang...



Ok... daaaa.... Hari ni misi mencari Kairaku Park pulak... harap2nya berjaya... Amiiiin...


0 comments: