17 hb November 2010, Rabu: Hari Raya AidilAdha kali ni dapat disambut dengan meriah sekali. Selesai sahaja sembelih seekor lembu, pembahagian daging dibuat dan persediaan untuk kenduri aqiqah dilaksanakan sebaik mungkin. Kenduri aqiqah (gunting rambut) untuk Amrina Rosyada dan Muhammad Arif Ridhuan selepas solat Asar. Tak banyak ambil gambar....
27 November: Alhamdulillah.. dengan izin Allah S.W.T yang Maha Kuasa, korban dapat dilaksanakan dalam cuaca yang cerah. Awan cerah sangat... tiada setitik hujan pun, padahal 2 hari lepas hujan tak henti2 dengan banjir yang hampir tenggelamkan kampung. Kemudian, 2 hari selepas raya korban tu, hujan turun lagi tak henti2 .... banjir gelombang kedua. Subhanallah....