Showing posts with label menarik. Show all posts
Showing posts with label menarik. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Nagoya 4: Usu Kannon

 Sambungan Nagoya 1, Nagoya 2 dan Nagoya 3.

 Tak tau dah nak karang apa... layan la gambar mana yang ada yer...


 Di kawasan membeli-belah Usu Kannon. Banyak barang menarik yang boleh dijadikan cenderamata.




Makan takoyaki... 



 

 

Usu Kannon Temple.... berhampiran situ je...



 Ape ntah nama ikan ni... Liyana suka, kami tumpang makan sekali... sedap jugak... macam mochi...






Sebelum bertolak pulang, luangkan masa bergambar bersama Dina Chan yang kesejukan diselimuti salji...


Akhir kata, mintak maaf sangat2 kat Liyana sebab biar dia memandu sorang2. Cikde kat belakang tertidur. Sesekali terjaga teman Liyana memandu. Bahaya sangat jalan bersalji ni, kekadang jalan jadi licin, kekadang jalan jadi berbatu sebab salji tu jadi keras = jalan jadi macam jalan yang berbatu kerikil. Memandu perlahan-lahan. Jalan sesak, penuh dengan kenderaan.. lebih 2 jam agaknya terperangkap... Jalan sebelah satu lagi (sebelah kanan) tak bergerak langsung, kalau di kira mungkin lebih daripada 15 km juga jam. Sampai rumah jam 2.30 pagi. 

Serik tak? Naik train okey kan?

Wednesday, January 19, 2011

Nagoya 3: Train

Sambungan Nagoya 1 dan Nagoya 2.

Seusai membeli belah di Utsukaya (kedai kain), kami naik train untuk ke Usu kannon (betul ke tak eja ni, lupa pulak). Tambang 230 Yen.


Ini laluan train. Semua laluan train ni kat bawah tanah. takjubkan? cemana la dia korek tanah buat bandar kat bawah tanah. Ada banyak warna train, ada kuning, merah, biru, ungu -- kena hati2 memilih laluan dan warna train, kalau tak maunye sesat.


 





 ---bersambung---

Tuesday, January 18, 2011

Nagoya 2: Masjid Nagoya, Kebab & Utsukaya

Sambungan Nagoya 1.

Puas bermain salji, kami teruskan perjalanan. 

Cantik sangat pemandangan pepohon bersalji... Cik Nabihah dan Liyana kata macam dalam cerita Narnia gitu... putih semuanya...




 Kami menunaikan solat zohor di Masjid Nagoya.



Kemudian ke kedai kebab (Turkish Taste) yang terletak berhampiran Masjid Nagoya. Sementara menunggu kebab siap, kami layan posing kat luar kedai.



 



Sedap juga kebab kat situ. Seusai sahaja makan, kami teruskan perjalanan ke kedai kain Utsukaya berhampiran Nagoya Station. Banyak kain cotton kat sini. Rambang mata memilih. Harga kain kat sini lebih kurang 500 - 700 Yen untuk semeter (lebih kurang RM19 - RM26 semeter). Yang lagi mahal pun ada = harga lebih daripada 1000 Yen semeter. Tapi, perlukah kain mahal-mahal? Beli sekadar untuk buat kenang-kenangan sahaja.

 
 

----bersambung----

Monday, January 17, 2011

Nagoya 1: Yuki

Assalamualaikum w.b.t especially to my beloved mum, dad and family. I hope all of you always in the pinkest of health. I'm here okey okey saje... Alhamdulillah...

Ngah ada bagitau yang ayah sekarang sihat, tak sakit2 kaki dah (dah sebulan lebih).. Alhamdulillah... Tapi, betul ke ni? Ye lah, Cikde seperti tak percaya, tapi Ngah dengan yakinnya menyampaikan berita yang ayah sihat. Sebab sebelum Cikde datang sini = seperti semua tahu, ayah biasanya akan sakit2 sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Apa-apa pun, Cikde selalu doakan mak dan ayah sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Moga ayah bertambah sihat dan boleh lompat2 lepas nih... okeh! Amin amin amin...

Kelmarin 16 Januari (Ahad), Cikde, Liyana dan Cik Nabihah pergi jalan-jalan ke Nagoya dengan Dina Chan (nama kereta Liyana). Kami bertolak jam 8.30 pagi. Sempat tengok salji di Mie dan salji kat kawasan Mie ni tak banyak. Jarang-jarang je turun salji = ini lebih baik daripada salji tebal. Sebab kalau salji terlalu tebal susah nak jalan = licin kekadang berbatu dan tersangatlah sejuk.


Di landasan keretapi Edobashi, Mie.



Singgah di MiniMart untuk beli air dan sarapan. Nampak ada salji sikit, jakun jap. Sikit pun sikit lah salji ni, posing tetap posing.



Semakin jauh perjalanan ke Utara (Nagoya) semakin banyak salji turun. Bahaya juga memandu dalam salji = jalan licin. Untuk langkah berjaga-jaga, kena pasang rantai besi kat tayar kereta. Tapi, kami tak bawa rantai besi = kesian Liyana memandu sorang2. Berdebar2...

Jiwa meronta-ronta tengok salji banyak kiri kanan jalan. huhuhuu... "Liyana.... tolong berhenti, kami nak main salji...!!!" .... "Huh, okey okey..." ....
Maka, Liyana pun memberhentikan Dina Chan di kawasan yang sesuai....


Apa lagi, guling-guling la atas salji..!!! ehehehe...



Sejuk sangat. Salji turun banyak. Walaupun dah lama duduk sini, tahap kejakunannya masih tinggi apabila keluar asap ikut mulut .... hah hah hah gitu... sejuuuk... berasap.


Tak lupa, sebelum masuk kereta Cikde ada ambil salji sikit khas buat anak saudara tersayang Aus dan semua .... Cikde tak bawa guni la Aus, makanya Cikde bubuh dalam tupperware je.. tapi dah cair dah = jadi air... nak Cikde bawa balik jugak ke ni?




---Bersambung---


Sunday, January 16, 2011

Washlet

Tandas di fakulti Cikde ada washlet (mangkuk tandas) cantik macam dalam gambar kat bawah ni. Best sangat guna masa sejuk2 macam ni, sangat selesa = suam2 gitu. ahahaha.. Nampak bersihkan? Sememangnya bersih. Canggih... Tekan2 je punat kat tepi tu, air keluar untuk cuci. Tak perlu nak pulas2 paip, cebok2 air. Makanya, tiada air melimpah basahkan lantai = lantai kering aje... Rumah yang guna washlet macam ni, siap boleh letak karpet tebal...


Teringin nak ada washlet macam ni kat rumah. InsyaAllah, kalau diberi peluang nak bawa balik Malaysia sebiji dua..



Kalau kat Malaysia berapa harganya? Boleh tolong survey?
.
.

Saturday, January 8, 2011

Bilik anti-gema

Peristiwa 5 Januari 2010, Rabu: Pertama kali tengok dan tak tau nak guna perkataan yang sesuai untuk ekpresi keadaan bilik ni. Takjub? Hairan? Cantik? Pelik? Canggih? Ini lah bilik anti-gema. Cikde jadi bahan ujikaji (?) yang ke-9 Liyana untuk jawab beberapa soalan berpandukan gambar dewan dan cuba hasilkan bunyi yang sesuai dengan kedudukan dalam dewan tersebut.

Very nice to have this new experience. As usual, Cikde snap pictures while Liyana setup the equipments.

Thursday, January 6, 2011

Makan lagi

6 Januari 2011, Rabu: Makan-makan bersama Nor... alaaaaa... lupa nama kedai la... kedai jenis buffet... makan tengahari untuk buffet hari ini ialah 1350 yen. Kalau sorang2 tak tau nak makan apa, sebab kena pilih yang mana halal. Makan sepuas perut...




Ini kononnya nak buat macam aiskrim Mc Donald... sekali dah pusing2, penuh, panik tak tau nak tutup... makanya, jadi macam ni...

Tuesday, January 4, 2011

Mie University

4 Januari 2011, Selasa: Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, hari ni dah selesai urusan mengisi segala borang bersama sensei. Esok pula mesti sediakan slide pembentangan.

Hari cerah dan sangat cantik, nekad ingin ambil beberapa gambar pemandangan dari bumbung bangunan tempat terletaknya makmal cikde. Subhanallah... Cantik nye...




Panorama mode. Click to enlarge.