Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Menyisik

Menyisik bukan merisik ea... huhuhuh
Aktiviti cuti Deepavali, tolong kakak menyisik tali beg mengkuang... bukan senang ooo nak buat benda seni macam ni... 100% kerja tangan... 



                      
 

Monday, October 24, 2011

4th rag rug

Rag rug yang ke-empat selamat dihasilkan semalam. Cikde hasilkan rag rug kali ni hanya menggunakan jari, sangat senang dan tidak perlu lagi guna pengait.

Tak sabar-sabar nak tangkap gambar pun nyeee... so, you all can see my handmade rag rug like that.. Kalau tangkap gambar rag rug kat outdoors, nampak hasil lagi cantik...!


Lepas ni, nak cari t-shirt warna purple plak sebab nak hasilkan rag rug ikut warna tema - purple... ahaksss :)

Friday, October 21, 2011

Menganyam beg mengkuang


Hari ini, tolong kakak menganyam beg mengkuang.... banyak giler nak kena siapkan... boleh rujuk sini, SIAPKAN TEMPAHAN BEG MENGKUANG....


Penganyam cilik... perut kenyang, suka la dia duk dekat anyam sama2... huhuhu


Thursday, October 20, 2011

Third rag rug

Alhamdulillah... siap rag rug yang ketiga semalam.... hehehe.. mesti mak suka nih.
yang ni macam cantik sikit, ada finishing dengan one black line. suka. suka... tapi, tapi kan.... bentuknya tak berapa nak oval... nekad nak buat lagi... :). tak cukup kain nak kait nih...!!

mohon sesangat kepada sesiapa yang ada t-shirt yang dah tak nak pakai, sedekahkan kepada saya. boleh juga saya manfaatkan t-shirt tu jadikan rag rug daripada terbiar dimakan anai-anai... ehehehe...


Hasilnya lebih kurang 16 inci lebar.
                                         
                                       

Tera buh depang mesing basuh.. eheheh... come giler tuh!
                                  

Wednesday, October 19, 2011

Warna mengkuang


Sabtu, 15 Oktober 2011. Alhamdulillah, sempat bantu kakak mewarna mengkuang untuk menganyam tempahan beg mengkuang. Kata kakak, tempahan ini dibuat oleh Puan Munira (kalau tak silap la...) dari Kuala Lumpur (lupa pulak dari syarikat mana...). Beliau inginkan beg mengkuang sebanyak 100 buah untuk dijadikan cenderahati kepada peserta seminar yang majoritinya adalah peserta luar negara. Beliau memilih beg mengkuang katanya kerana ia adalah salah satu barangan 100% kraftangan Malaysia. Berpatutan dengan harga dan bajet seminar kot. Kalau nak bagi cenderahati songket, jenuh la kan... huhuhu...

Proses warna mengkuang ada dijelaskan secara terperinci DISINI.




Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk siapkan tempahan. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah dikemukakan kepada saya atau silalah berkunjung ke blog jendilacraft.blogspot.com.

Terima kasih.



Sunday, October 16, 2011

Peti surat

Assalamualaikum w.b.t.

Peti surat kayu sebanyak 4 buah yang baharu sahaja siap. Siap untuk dijual.
Cantik sangat letak depan rumah. Klasik, unik, antik.... Posmen pun tumpang seronok hantar surat kat rumah kita bila tengok peti surat yang cantik macam ni. Hehehe... Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki peti surat cantik ni, boleh lah e-mail kepada saya atau tinggalkan komen anda disini.

Coretan mengenai PETI SURAT yang ada sebelum ni, boleh rujuk sini RUMAH BURUNG UNTUK DIJUAL #2.

Saturday, October 15, 2011

Rag rug

Bismillaa hirrahmaa nirrahiiiiimm....

Alhamdulillah, hari Jumaat kelmarin (15 Oktober 2011), dapat juga siapkan 1 rag rug (alas kaki). Kalau search dengan pakcik google, taip "alas kaki" keluar kasut, selipar... :( ... Rupa-rupanya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan rag rug yang menarik. Yang ni, cikde buat rag rug dengan menggunakan kaedah kait. Daripada beli kat kedai, baik buat sendiri. Kain lap kaki je pun. Nak kena beli jugak ke? Huhuhuh...

Cikde gunakan t-shirt lama yang dah-tak-nak-pakai untuk hasilkan rag rug ni. Bak kata header blog cikde ni, "Amalkan kitar semula, selamatkan bumi kita". Hehehe. Kain t-shirt ni tak berbulu apabila digunting. Mudah.... Daripada guna t-shirt/kain buruk macam tu je buat lap kaki, lebih baik kait/jahit elok2... baharu lah nampak alas kaki tu kemas sikit.


1. Gunting t-shirt seperti dalam gambar di bawah. Sambungkan atau jahit hujung kain. Ada sesetengah cara tu sambung kain main ikat simpul je, tapi tak kemas sikit la.
                           
                            
                
2. Pengait ..:) . Besi langsir yang dibengkokkan. Tak perlu beli pun. Giler punye jimat.

                
                             
3. Kain yang telah disambung-sambungkan, belit2 mcm bola. Dah kait sikit dengan warna biru. Pengait cikde patah. Sekarang ni masih guna pengait yang tu juga, dah repair, ikat pada kayu. Nampak antik sangat. hahaha...


                               
 4. Separuh siap. Pengait yang telah diikat pada kayu.

                 

 5. Rag rug yang dah siap...!!! Berukuran 20 inci panjang. Bagi mak dan ayah rasmi guna. Sekarang ada kat depan pintu toilet ayah. Best sangat lap-lap kaki kat alas kaki buatan sendiri tu! Hahaha...



Rag rug yang pertama ni  terhasil daripada 3 helai baju t-shirt. Guna sampai 3 helai maybe sebab kait kemas sangat kot. Lepas ni, nak cuba kait jarang dan longgar sikit.

Alhamdulillah...

Letak label bisnes. Mana tau kot2 ada org nak beli.. hahaha.... kalau tengok kat google, omputih suka buat rag rug yang besar2, macam karpet plak jadi. Sangat selesa, sangat menarik.

Thursday, February 17, 2011

Rumah burung untuk dijual #2

Post untuk rumah burung sebelum ini boleh baca DI SINI. 

Hasil tangan Abang Meri .... macam-macam saiz dan rupa... kreatif kan? 
Dulu sekadar hobi, sekarang sudah menjadi bisnes yang hebat! Hehehe... Alhamdulillah...
Dijamin cantik dan bermutu tinggi. 
Harga amatlah berpatutan. 
Tambah koleksi kreatifnya dengan menghasilkan peti surat kayu. Sangat cantik! 

Berminat? Boleh tempah sekarang!


  
Rumah burung.




Peti surat.




Tiang lampu.





p/s: Abang Meri... ada gambar lagi? Meh nak post sini...
.
.
.

Thursday, July 1, 2010

Secret Recipe...

26 Jun 2010: Abangku Zamari sekeluarga dan aku singgah Mesra Mall selepas majlis pertunangan sepupu. Lepak-lepak makan kat Secret Recipe.

Abang aku ni seorang cikgu yang memang kreatif... semua benda boleh buat sendiri... contohnya pasang mozek, berkebun untuk taman sekeliling rumahnya, bina pondok (kazebo), pendawaian dan banyak lagi.... pendek kata serba boleh la.... sekarang ni dia tengah sibuk buat projek rumah burung untuk dijual.

Abang-abang aku yang lain sememangnya rajin dan kreatif. Semua benda nak buat sendiri... Kakak sulung aku pun tak kurang kreatifnya, buktinya boleh lihat disini.


Wednesday, June 23, 2010

Mari beli tikar mengkuang

23 Jun 2010: Tikar mengkuang tidak berduri ada dijual disini :) dengan pelbagai corak yang unik dan menarik rekaannya serta pelbagai produk mengkuang lain. Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila layari http://www.jendilacraft.blogspot.com/.

 

Jus jambu batu merah jambu

23 Jun 2010: Disini ada menjual jus segar jambu batu merah jambu. Untuk keterangan lanjut boleh klik di http://www.sunrise-guava.com/.


Nutritional Benefits5 times more Vitamin C than oranges.
The guava is a good source of several vitamins and minerals including vitamin C, calcium, potassium, iron, carotenoids (vitamin A), and folate. It is also a good source of fiber, which is known to help prevent gastrointestinal cancers as well as lowering cholesterol levels. In addition, the level of vitamin C in the edible rind of the guava is five times higher than that of an orange.

Mesin jahit Epal

16 Jun 2010: Alhamdulillah.... petang rabu yang bertuah dengan hujan renyai2 menyambut ketibaan mesin jahitku model Janome 2409... Moga ini adalah hujan rahmat dimusim kemarau begini... akhirnya aku dapat miliki mesin jahit sendiri... susah payah kumpul duit nak beli ni... bayar pendahuluan sejak 24 April 2010 lagi...


Banyak yang boleh dijahit dan semoga dapat pulangan keuntungan yang lumayan. Paling penting adalah ketelitian, kesabaran dan kesungguhan. Mudah-mudahan ada yang berkenan untuk ambil upah jahit langsir dengan aku... nak buat projek kuilting... moga menjadi.... Amin...

Sunday, December 13, 2009

Pasu atau bakul surat khabar

Sedia menerima tempahan pasu atau bakul hasil dari gulungan surat khabar lama... disini disertakan contoh pasu berbentuk tempayan. Hasil percubaan pertama dan belum disapu cat. Harap dapat hasilkan yang lebih menarik untuk dijual.... ngeeeeeeeee....

Harga boleh dirunding.... Terima kasih.

Langsir

Sedia menerima tempahan langsir.... harga boleh dirunding... disini disertakan contoh langsir yang siap dijahit...


Harga boleh dirunding.... Terima kasih...

Majlis tunang Aidil

28 November: Majlis pertunangan Aidil dan Aishah.

Hantaran daripada pihak perempuan.


Hantaran daripada pihak lelaki.
Saje boldkan... hasil tangan saya, kakak dan adik. Kepada sesiapa yang nak tunang dan kahwin, jika rasa berkenan dengan style gitu atau tema lain, bolehlah tempah... harga boleh dirunding..... ngeeeeeeeeeee....

Sunday, October 25, 2009

Rumah burung untuk dijual!


Letakkan cebisan roti atau beras untuk memikat burung singgah dan bertamu di laman anda
t
“LAMAN yang indah bukan hanya menjadi santapan mata bahkan turut memikat hidupan lain seperti rama-rama, pepatung dan burung liar untuk singgah mencari makanan. Berikutan itu, hiasi laman anda dengan pelbagai aksesori bagi memudahkan lagi memikat hidupan lain bertamu dan mencari makan seperti meletakkan ‘bird house’ atau rumah burung di sudut taman kediaman”. (Sumber: http://www.bharian.com.my/)

Kepada peminat laman/taman yang berminat untuk memiliki rumah burung yang cantik ni bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Gambar di atas adalah contoh rumah burung yang telah siap hasil kreativiti abang saya. Pelanggan juga boleh mereka cipta sendiri serta menentukan warna rumah burung yang dikehendaki mengikut citarasa masing-masing. Harga boleh dirunding. Terima kasih.
p/s: Moga-moga tak ada la hidupan yang tak diundang berkeluarga disitu... ngeh ngeh ngeh... :)