Saturday, October 15, 2011

Rag rug

Bismillaa hirrahmaa nirrahiiiiimm....

Alhamdulillah, hari Jumaat kelmarin (15 Oktober 2011), dapat juga siapkan 1 rag rug (alas kaki). Kalau search dengan pakcik google, taip "alas kaki" keluar kasut, selipar... :( ... Rupa-rupanya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan rag rug yang menarik. Yang ni, cikde buat rag rug dengan menggunakan kaedah kait. Daripada beli kat kedai, baik buat sendiri. Kain lap kaki je pun. Nak kena beli jugak ke? Huhuhuh...

Cikde gunakan t-shirt lama yang dah-tak-nak-pakai untuk hasilkan rag rug ni. Bak kata header blog cikde ni, "Amalkan kitar semula, selamatkan bumi kita". Hehehe. Kain t-shirt ni tak berbulu apabila digunting. Mudah.... Daripada guna t-shirt/kain buruk macam tu je buat lap kaki, lebih baik kait/jahit elok2... baharu lah nampak alas kaki tu kemas sikit.


1. Gunting t-shirt seperti dalam gambar di bawah. Sambungkan atau jahit hujung kain. Ada sesetengah cara tu sambung kain main ikat simpul je, tapi tak kemas sikit la.
                           
                            
                
2. Pengait ..:) . Besi langsir yang dibengkokkan. Tak perlu beli pun. Giler punye jimat.

                
                             
3. Kain yang telah disambung-sambungkan, belit2 mcm bola. Dah kait sikit dengan warna biru. Pengait cikde patah. Sekarang ni masih guna pengait yang tu juga, dah repair, ikat pada kayu. Nampak antik sangat. hahaha...


                               
 4. Separuh siap. Pengait yang telah diikat pada kayu.

                 

 5. Rag rug yang dah siap...!!! Berukuran 20 inci panjang. Bagi mak dan ayah rasmi guna. Sekarang ada kat depan pintu toilet ayah. Best sangat lap-lap kaki kat alas kaki buatan sendiri tu! Hahaha...



Rag rug yang pertama ni  terhasil daripada 3 helai baju t-shirt. Guna sampai 3 helai maybe sebab kait kemas sangat kot. Lepas ni, nak cuba kait jarang dan longgar sikit.

Alhamdulillah...

Letak label bisnes. Mana tau kot2 ada org nak beli.. hahaha.... kalau tengok kat google, omputih suka buat rag rug yang besar2, macam karpet plak jadi. Sangat selesa, sangat menarik.

3 comments:

lia said...

wah! bagusnya idea ni....nampak cantik dan klasik je bila dah siap...tapi jarum kait tu lagi klasik...hehe...kreatif sgt!

sentuhan nenek kebayan said...

I like this...

Unknown said...

nak kain tu yg tak reti..bolh ajar x?