Ok la, kita ke aktiviti Prof Kaneco, Dr. Ahmed dan anak-buahnya selepas pembentangan TAMIE 2011.
Khamis, 8 September 2011. Sekitar jam 3.30 petang, bertolak keluar dari ITC untuk jalan-jalan sekitar Petronas, Kerteh. Alang-alang dah dekat dengan Paka, mereka ku jemput minum petang di rumah mak ayah.
Terima kasih kat mak, ayah, Kak Long, Abang Long, Abang Meri, Atin, Syuhada, Suraya sebab tolong sediakan makanan dan sudi luangkan masa bersama mereka. Terima kasih.
9 September 2011, selepas lawatan ke Polyplastics Asia Pacific Malaysia SDN. BHD. Dalam jam 5.30 petang, dengan bantuan Ilyas, pandu kereta ke Pantai Kemasik. Sesampai je kat tepi pantai, Prof Kaneco terus panjat batu, santai menikmati angin pantai...
Prof Kaneco, with blue T-shirt.
10 September 2011, dalam jam 10.30 pagi, bersama Prof Kaneco ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah Dato' Ahmad Said. Terima kasih kat Roziani sebab sudi teman makan-makan kat situ.
Kemudian, pergi melawat Universiti Islam Antarabangsa, cawangan Kuantan.
Makan tengahari di Teluk Cempedak.
Ziarah Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Membeli belah di East Coast Mall.
Jam 5.30 petang, di Lapangan Terbang Kuantan.
Alhamdulillah, mereka semua selamat pulang ke Jepun. Semoga dapat berjumpa lagi.
2 comments:
wahhhh...seronoknye..
hehe..kami je yg tak ade peluang jumpe orang2 seperti mereka..
kat sini ade pusat studi jepang..mesti ada sensei kat dalam tu!setiap hari lalu depan tu.tapi x berani pulak nak gi jengu!negara orang la katakan..
huhu..
seronokkk..
opsss..perkataan tu x leh sebut!negative tau kat sini!..tapi, kitorg buat relax je!hehe
by the way!rindu miss so much!
kalau awk ada time tu, saya dapat rasakan keterujaan awk semua jumpe student Jepun tu. tambah pulak yg sorang tu, izzati chan... hahaha... tak leh lupa, awk berdua ni siap ada buku autograph Jepun tu... hehehe.. terima kasih kerana pernah memeriahkan majlis yg dianjurkan oleh FTKK.
rindu sakinah jugak. (^^)V
Post a Comment