Sabtu, 15 Oktober 2011. Alhamdulillah, sempat bantu kakak mewarna mengkuang untuk menganyam tempahan beg mengkuang. Kata kakak, tempahan ini dibuat oleh Puan Munira (kalau tak silap la...) dari Kuala Lumpur (lupa pulak dari syarikat mana...). Beliau inginkan beg mengkuang sebanyak 100 buah untuk dijadikan cenderahati kepada peserta seminar yang majoritinya adalah peserta luar negara. Beliau memilih beg mengkuang katanya kerana ia adalah salah satu barangan 100% kraftangan Malaysia. Berpatutan dengan harga dan bajet seminar kot. Kalau nak bagi cenderahati songket, jenuh la kan... huhuhu...
Proses warna mengkuang ada dijelaskan secara terperinci
DISINI.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk siapkan tempahan. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah dikemukakan kepada saya atau silalah berkunjung ke blog
jendilacraft.blogspot.com.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment