Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Perkahwinan Abang Shaari

Alhamdulillah, pada malam 9 Mac 2012 (Jumaat), abangku selamat lafaz akad nikah untuk perkahwinan kedua beliau bersama Siti Nur Izdihar. Majlis perkahwinan pula telah diadakan pada keesokan harinya di Dewan Serbaguna Taman Tas, Kuantan.

Perkahwinan bawah pedang yang penuh meriah. Dalam kemeriahan itu juga terselit kesedihan pabila teringat arwah. Kehidupan mesti diteruskan dan mestilah berusaha penuhi kehidupan itu dengan kegembiraan moga ia lebih meriah dan selesa. Moga perkahwinan yang gemilang ini sentiasa dilimpahi keberkatan.

Masihkah ada peluang menyaksikan perkahwinan bawah pedang ahli keluarga sendiri? InsyaAllah... ahli keluarga ku kan ramai.. mungkin suatu hari nanti ada yang mengikuti jejak abangku untuk menjadi ahli tentera yang berjaya dan berpangkat tinggi. Aminn.... berkhidmat untuk negara.


                                       
                                                                   
                   
                                                                   
                                                     
                                                               



Tuesday, November 8, 2011

Konvokesyen Cik Tin

Ahad, 30 Oktober 2011: Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Ilahi...  cikde, mak, ayah dan keluarga semua berasa bangga dengan cik tin... sebab cik tin dapat Anugerah Naib Canselor pada Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75 di Kampus UiTM Cawangan Dungun. 


 Malam sebelum konvokesyen... cikde pulun gubah bunga yang terbaik untuk cik tin. POOH tu diterbangkan khas dari Jepun tau.


 Ada perbezaan cara konvokesyen TATIUC dan UiTM. Tapi cikde berasa, konvokesyen UiTM sangat hebat dan jimat!


 Hebat dan jimat kerana majlis ini dapat diadakan dan diuruskan di Dewan UiTM sendiri walaupun dewannya kecil.


Penyanyi jemputan mungkin adalah pelajar UiTM sendiri. Segak! Menyanyi secara solo, tak perlu menjemput koir yang menelan belanja yang tinggi. Untuk lagu patriotik dan lagu UiTM, pengurusan menggunakan video korporat. Lagi hebat!


Sempat juga tangkap gambar cik tin turun dari pentas... :) 


 Cik tin baharu sahaja turun dari bas. maklumlah pelajar hebat kan... nampak tak cik tin pakai selempang yang ada jalur pink tu, selempang khas untuk pelajar yang dapat Anugerah Naib Canselor tau....!!! selesai sahaja konvo, cik tin ada sesi bergambar dengan Canselor. lama juga mak dan cikde tunggu di perkarangan luar dewan tu. tapi takpe, bangga apa adik boleh bergambar dengan Canselor. cikde yang dah bekerja kat sini bertahun pun tak pernah dapat bertentang mata dengan Canselor... huhuhuh


 Bersama kawan-kawan cik tin.


 Cik tin bergambar dengan mak. Selempang tu bagi nampak dalam gambar ye, jangan tak nampak!




Semoga cik tin sentiasa terus berjaya dalam menempuhi perjuangan. Amin!!!


Thursday, November 3, 2011

Holiday Villa, Cherating


Cerita lama.... 8 hb 10 2011.... tapi takpe kan, untuk tatapan famili nun yang jauh... terutamanya untuk adik-adikku Mijan dan Aidil yang merantau jauh untuk mencari rezeki.... moga kalian sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang halal.





Bercuti di Holiday Villa, Cherating. Abang Ngah dan Ngah ada program kat sana, dapat 2 bilik. Apa lagi kami datang beramai-ramai berkampung kat Holiday Villa.
 
Arina, Aina dan Hafiz bangun pagi, terus posing tepi kolam renang. :)...... Tak boleh main air lagi awal2 ni, rantai kolam tak buka lagi tu kan... 




 
Arif Ridhuan... itik gembo2... yang suka selam muka dalam air.  


 Arina dan Hadif...


 
 Hadif ni tak kenal air cetek air dalam, main terjun je... Hebat Hadif ni! Saje je biar dia jalan2, explore sendiri yang mana selamat, yang mana bahaya.




 Badrisya, Yasfi dan Shafiqah pun ada sama.


 Ayah pun turut berenang sama... :)


 Baby takde pun nak berebut pelampung. Tengok Hadif, pandai je berenang. Masalahnye bebudak yang tua tu masing2 nak pelampung... aish... tak larat nk layan.

Seronok... len kali ajak lagi kami berkampung ye Ngah!
Sayang kak Ngah.... :)

Tuesday, October 25, 2011

Angah, selamat menyambut hari lahir!


Angah yang rajin dan comel,
Selamat menyambut hari lahir yang ke-12 (24 Oktober 2011)!

Cikde doakan moga Angah berjaya mendapat keputusan UPSR yang terrrrrrbaeeek!
Moga Allah sentiasa berikan Angah kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki yang halal dan menjadi muslimah yang berjaya. 





Friday, October 21, 2011

Majlis nikah Aidil-Aisyah

12 Februari 2010: Majlis pernikahan Aidil dan Aisyah di Masjid Kg. Tebing Tembah. Moga kalian diberkati, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat



Wang hantaran dari pihak Aidil




Sebentuk cincin



Sirih junjung







Hantaran buah








Monday, October 17, 2011

Birthday Badrisya Amni

Pada 30 Julai 2011, sambut hari ulang tahun kelahiran Badrisya yang ke-9. Kita buat majlis kesyukuran tau, menjamu kawan-kawan Badrisya bersama mak, ayah, cikdik dan cikteh. Moga Badrisya sentiasa sihat dan comel2 selalu. Badrisya jangan lah sedih2. Badrisya mesti sentiasa gembira sebab abah, abg Yasfi, cikde, mak, ayah, cik teh, cik dik, cik ngah dan semua dan tak lupa juga mak tok, mak/pak saudara Badrisya kat Kg Tanjung Sabtu sentiasa ada bersama. Jaga diri dan belajar sungguh-sungguh ye.


 



Cikde tak boleh lupa, bila Badrisya nyanyi lagu ni. Masa tu kita ada dalam kereta, cikde tengah drive. cikde teringat kat Ummi Badrisya. cikde sebak. Maafkan cikde ye. Al-Fatihah untuk Ummi ye.


                        

Monday, August 1, 2011

Beriadah di Pantai Penunjuk

30 Julai 2011: 2 hari sebelum kita menyambut Ramadhan. Dari Kuantan singgah umah Kak Ngah dalam jam 12.30 tengah hari. Kak Ngah ajak bersantai tepi pantai. Cikde dah tak larat nak buat bersiapan untuk santai tu, baru je sampai dari Kuantan kan... Nasib baik ada Cik Liza tolong masak-masak dan sedia apa yang patut. Dalam jam 3.00 petang kami bertolak ke Pantai Penunjuk, Kijal. Makan-makan, lepak-lepak....



        
              

     
     
     

Friday, July 15, 2011

Kenduri Arwah

24 Jun 2011: Kenduri arwah kakak ipar. Al-Fatihah untuk arwah... Amin..

 Upload gambar sikit...


 Baju Melayu pink = Ayoh De. Baju Melayu koko = Ayoh Long. Moga semua dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Lawatan ke OGA

Assalamualaikum w.b.t.
Ohaiogozaimasu...
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Lawatan ke OGA (Gas & Petrochemical Engineering Exhibition) pada 1 hb Jun 2011. Pameran OGA bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Baru hari ni dapat muat-naik gambar dalam blog.

Bertolak dari Kemaman pada 31 Mei 2011. Hari tu, memandangkan bas banyak tempat kosong, maka aku senaraikan nama famili untuk join pergi melancong kat KL. Yang mana boleh angkut, aku angkut.. adik, anak sedara, kakak, mak sedara, sepupu semua angkut. Penuh bas..... ahahaha... :) Best jalan ramai-ramai....

Terima kasih kengkawan izinkan aku angkut famili riuhkan bas... ehehehe....