Malam sebelum konvokesyen... cikde pulun gubah bunga yang terbaik untuk cik tin. POOH tu diterbangkan khas dari Jepun tau.
Ada perbezaan cara konvokesyen TATIUC dan UiTM. Tapi cikde berasa, konvokesyen UiTM sangat hebat dan jimat!
Hebat dan jimat kerana majlis ini dapat diadakan dan diuruskan di Dewan UiTM sendiri walaupun dewannya kecil.
Penyanyi jemputan mungkin adalah pelajar UiTM sendiri. Segak! Menyanyi secara solo, tak perlu menjemput koir yang menelan belanja yang tinggi. Untuk lagu patriotik dan lagu UiTM, pengurusan menggunakan video korporat. Lagi hebat!
Sempat juga tangkap gambar cik tin turun dari pentas... :)
Cik tin baharu sahaja turun dari bas. maklumlah pelajar hebat kan... nampak tak cik tin pakai selempang yang ada jalur pink tu, selempang khas untuk pelajar yang dapat Anugerah Naib Canselor tau....!!! selesai sahaja konvo, cik tin ada sesi bergambar dengan Canselor. lama juga mak dan cikde tunggu di perkarangan luar dewan tu. tapi takpe, bangga apa adik boleh bergambar dengan Canselor. cikde yang dah bekerja kat sini bertahun pun tak pernah dapat bertentang mata dengan Canselor... huhuhuh
Bersama kawan-kawan cik tin.
Cik tin bergambar dengan mak. Selempang tu bagi nampak dalam gambar ye, jangan tak nampak!
Semoga cik tin sentiasa terus berjaya dalam menempuhi perjuangan. Amin!!!
2 comments:
u,..bunga matahari tu,macam bunga gubahan hantaran abg i haritu..
itu maknanya hantaran abg u tu mmg sgt cantik la... (^^)V
Post a Comment