Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah Ya Allah...

Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah, bahawasanya...
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Berkuasa,
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Pengaturcara,
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Bijaksana,
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Belas kasihan.

Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih...
Kerana Engkau selalu ada disamping aku,
Kerana Engkau, mereka juga bersamaku,
Kerana Engkau selalu murah pertolongan,
Kerana Engkau mudahkan percaturan.

Ya Allah,
Kepada Engkau sahajalah yang aku sembah,
Dan kepada Engkau sahajalah aku memohon pertolongan.

Wahai kawan, maafkanlah aku...
Aku tidak mahu dikau kecewa sedih denganku,
Aku mahu dikau selalu sihat bahagia disampingku,
Aku manusia biasa, tiada yang sempurna,
Aku akan cuba lebih berwaspada,
Tapi kalau masih terasa, maafkanlah.

Wahai kawan, terima kasih...
Terima kasih aku ucapkan,
Pertolongan mu tidak akan aku lupakan,
Aku berdoa agar dirimu sentiasa dilimpahi keberkatan,
Bahagia sentosa hingga ke hari-hari depan.

0 comments: