Friday, December 3, 2010

Mie : hari ke-5

3 Disember 2010, Jumaat: Assalamualaikum, terutama sekali untuk mak ayah dan keluarga. Harap semuanya sihat2 belaka. Cikde kat sini sihat, Alhamdulillah. jangan la risau... ok! Mari kita layan gambar kat bawah ni.

Pagi tadi kami keluar jam 8.10 pagi. kalau kat Malaysia jam 7.10 pagi la... ngeeeee, awal seh...


Dalam perjalanan ke Universiti Mie, jumpa patung besar ni..... duk depan kedai makan... patung doraemon tak jumpa lagi sekitar sini setakat ni... ang ang ang


Gambar atas: ini dekat pintu masuk Universiti Mie. Awan kat belakang tu nampak gelap. Hari ni diramalkan hujan. Tapi, rasa tak berapa sejuk sangat, sebab tu Nabihah tak pakai pun baju sejuk dia.... boleh tahan lagi la tu...

Gambar bawah: dalam perjalanan ke Faculty of Engineering.


Alhamdulillah, kami selamat sampai di Faculty of Engineering.... emmm bangunan Faculty of Engineering tu kat belakang Nabihah tu la.


Lebih kurang jam 2.20 petang, Kaneco Sensei (supervisor cikde) bawa cikde pergi ke Pejabat Kerajaan untuk daftar akaun bank kat sini. Akaun ni boleh guna selama duduk kat sini (2 bulan sahaja)... pemberitahuan: kepada siapa2 yang nak masukkan duit dalam akaun Jepun cikde, amat lah dialu2kan.... ngeeeeeeee.....

Terowong antara bangunan. Depan tu ialah Kaneco Sensei--- nampak tangan je.


Gambar ekspres. Siap dalam masa lebih kurang 1 minit je. sekejap sangat. Harga: 800 Yen (lebih kurang RM 30.72) untuk 4 keping. Masa ni cikde bawa passport je. Tak bawa beg duit. Makanya, Kaneco Sensei la yang bayarkan..... hurey2!
Masa ni, cuaca hujan. Hujan takde la lebat sangat, tapi angin nye Ya Allah, amat lah kuat. Rasa macam nak terbang. Kalau kat Malaysia mungkin jarang angin kuat macam ni. Payung Kaneco Sensei rosak ----> rasa amat bersalah plak kat dia... cemana nk buat ni?


Malam baru balik... waktu ni dah masuk isyak. Well, kami ni kan pelajar yang rajin dan tekun... hahhahaha... gigih kan?

Takde la... waktu ni baru jam 6.30 petang. tapi, memang dah masuk isyak la. singgah beli roti dulu. jauh lagi nak kena jalan tu. nampak...? Jalan malam2 sejuk sangat, tak boleh tahan... pipi rasa macam beku. cikde lupa nak bawa glove. terpaksalah buh tangan dalam poket bagi tahan sejuk.



dah penat jalan, tinggi pulak tangga nak kena panjat tu. aras paling atas, aras 4. nampak...? penat w0000... huhuhuh



0 comments: