Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR

TAHNIAH.. TAHNIAH... TAHNIAH...

Tahniah kepada kedua-dua anak saudara cikde kerana peroleh keputusan PMR yang cemerlang... moga terus berjaya menghadapi ujian yang mendatang...

IZZATI & SURAYA

Ada sedikit kata pujangga daripada Dr. Mardiana Saaid (kawan cikde masa sama-sama belajar di USM). Beliau dah berjaya mendapat PhD, katanya..


"EACH SUCCESSFUL PERSON HAS PAINFUL STORY...EACH PAINFUL STORY HAS A SUCCESSFUL ENDING......ACCEPT THE PAIN & GET READY FOR SUCCESS"



Ciri-ciri orang yang berjaya

(Sumber)

1) Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.

2) Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.

3) Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.

4) Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan pertolongan Allah dari setiap urusannya.

5) Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.

6) Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.

====

Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Amiin.

0 comments: