15 Disember 2010, Rabu: Assalamualaikum terutama untuk mak, ayah dan keluarga semua. Moga semua sihat. Hari ni cikde pergi lab seperti biasa seawal jam 8.10 pagi (waktu Jepun). Pagi tadi pergi bank bayar yuran untuk entrance examination ¥ 30,000 dan bayaran tambahan (tax agaknya kot) ¥ 315... total ¥ 30, 315. Uish, lepas ni kena fokus pada research. Adeiii...
Dalam jam 6.00 petang, cikde attend Internal Exchange Party = majlis untuk meraikan pelajar antrabangsa, dari seluruh dunia selain Jepun... lebih kurang macam tu la. Betul kan?
Ada banyak bendera gantung2. Ada makan2. Siap ada tanda yang mana makanan halal.
Gambar atas: Nampak tak sushi yang ada toping warna putih yang ada kat sebelah udang tu. Warna putih tu sotong. Kononnya nak rasa, rupanya sotong mentah, rasa macam nak mun*ah aje.... kenyal2 sotong.... nasib baik boleh tahan = tak habis telan... huhuh...
Gambar bawah: Dari kiri pelajar Indonesia, Isma dan sorang lagi dah lupa namanya. Kanan tu Dr Asma (dari Pakistan)
Lepas makan-makan ada persembahan daripada band Mie.
0 comments:
Post a Comment