Lepas angkut barang ke apartment + rehat kejap (1 Disember), Nor datang ambil kami dan pergi ke kedai yang ada jual barang2 dapur.
Pertama, kedai 100 Yen. Cikde tak ambil gambar pun kat situ, lupa... gomennasai (maaf ye). Macam kedai RM2 kat Malaysia, tapi lagi besar. Semua barang harga dia 100 Yen kecuali yang ada tanda harga (harga lain la). 100 Yen = RM3.84. Kat kedai 100 Yen ni, cikde tak beli apa2 pun, tengok2 je.
Kemudian, kami pergi COSMOS. Jom layan gambar.....
Kat COSMOS ni, kalau boleh, cikde taknak beli apa2, nak tengok2 je.. tapi mana boleh! perut ni haa duk mintak2... makanya ada la beli sikit barang makanan. Susu, saleri, pisang, minyak masak, ikan, udang dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment