Wednesday, September 21, 2011

KOLOKIUM TATIUC-MIE (TAMIE 2011) - Part 2


Aktiviti sempena kolokium TAMIE 2011 diteruskan pada hari berikutnya, 9 September 2011 iaitu lawatan sambil belajar di kilang Polyplastics Asia Pacific Malaysia SDN BHD, Gebeng, Kuantan. Kilang ini merupakan salah satu kilang cawangan Polyplastics Co. Ltd dari Jepun. Lawatan kami disambut baik oleh Encik Mohamad Shamsul bin Hussin dan semua warga kerjanya. Seramai 31 orang termasuk 22 orang pelajar Polychem telah menyertai lawatan ini. Aktiviti sebegini sememangnya dapat memberikan banyak maklumat terutamanya kepada pelajar sebagai pendedahan awal tentang suasana pekerjaan dan sebagai pemangkin untuk mereka terus cemerlang di TATIUC.


             
      
      
    
  
       
     
              
                   
            

0 comments: