Sunday, October 24, 2010

Bersama keluarga

22-23 Oktober 2010, Jumaat dan Sabtu: Bercuti ramai-ramai di Holiday Villa Hotel, Cherating. Abang Ngah dan Ngah ajak kami bermalam di sana sempena Hari Keluarga Saudara Kita. Ada bilik lebih untuk kami tumpang gumbira.... biasa la, 1 bilik penuh dengan 3 keluarga... baru separuh.... yang separuh lagi tak dapat join kerana hal masing-masing.

Sampai Holiday Villa, makan tengah hari bersama peserta lain... penganjur suruh makan, kami makan...



Malam hari, lepak2 dalam bilik je sambil tunggu ikan panggang, ayam panggang.... :)


Awal pagi Sabtu, bercanda di tepi pantai... makan nasi lemak, ayam panggang, bihun goreng, roti bakar... makanan banyak giler...


Dah selesai main air tepi pantai, tengok Saudara Kita bersukaneka...



Dah habis sukaneka, ada masa lagi kami mandi kolam... penuh dengan keluarga kami je... hahaha... beshh...


p/s: Cian Atin tak leh ikot... takpe, len kali kita gathering lagi ok... moga Atin dapat menghadapi peperiksaan dengan baik dan cemerlang... Amin..


Tuesday, October 12, 2010

Pameran FTKK sempena konvo TATIUC

8 Oktober 2010, Jumaat: Pameran setiap fakulti berlangsung selama 2 hari, 7 dan 8 Oktober... dan ini adalah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia...buat eksperimen apa tu?






Sebelah malam nye plak, ada konsert daripada Ezleen.. sempat amik gambar dari jauh... meriah la sikit berbanding semalam...



Orang lain duk seronok tengok konsert, kami dengar2 dari jauh je... sibuk duk lukis banner bagi memeriahkan lagi hari konvokesyen esoknya...

Jam 12.30 pagi, siap je lukis banner... terus gantung kat Kampus ITC. tapi lupa nk ambil gambar waktu siang.... tepi pantai ni... cantik sangat...

terima kasih siswa siswi sekalian atas kerjasama yang diberikan... moga acara akan datang, kita dapat hasilkan lebih meriah lagi... terima kasih...

Monday, October 11, 2010

Gerai Polychem sempena konvo ke-4 TATIUC (Bhgn 2)

8 Oktober 2010, Jumaat: Hari kedua kami berniaga. Sempat bergambar untuk diabadikan dalam blog ni. Kami dijamu bihun sup hasil air tangan Cik Nabihah... terima kasih ye... (dah jimat budget makan pagi).


Sunday, October 10, 2010

Gerai Polychem sempena konvo ke-4 TATIUC (Bhgn 1)

7 Oktober 2010, Khamis: Kelab Polychem buka gerai sempena majlis konvokesyen TATIUC kali ke-4. Kami jual ice blended, rojak buah dan murtabak maggi. Jualan amat memberangsangkan walaupun baru pertama kali berniaga. InsyaAllah jika diberi peluang, kami ingin berniaga lagi di konvo atau apa jua pesta akan datang di TATIUC.



Panjang ceritanya untuk kami dapatkan tepung ice blended ni.... Akhirnya, pada pagi Rabu 6 Oktober 2010, Roziani (pelajar BKPT) dapat hubungi pembekal tepung ice blended iaitu En Edi dari Kuala Terengganu . Terima kasih kepada En Edi kerana mempercayai kami dan terus menghantar tepung ice blended sebanyak 15kg melalui bas dan pada petang Rabu juga bekalan ice blended selamat sampai ke tangan kami. Terima kasih juga kepada pelajar BKPT yang lain kerana bersusah payah berusaha demi Gerai Polychem. Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan
tepung ice blended
, boleh hubungi En Edi di talian 013-9136211.



Friday, October 8, 2010

Jamuan raya FTKK

30 September 2010, Khamis: Jamuan raya anjuran kakitangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia khas untuk pelajar-pelajar yang dikasihi. Terlalu banyak makanan yang disediakan agar semua puas hati dan kenyang. Dapat juga pelajar bungkus makanan untuk dibawa pulang.

Thursday, October 7, 2010

Jamuan raya TATIUC

29 September 2010, Rabu: Jamuan raya anjuran TATIUC untuk semua kakitangan dan pelajar....



Kasihan kat pelajar... tak cukup makanan...