Saturday, August 27, 2011

Berbuka puasa

23 Ogos 2011: Meluangkan masa berbuka bersama Angah dan Aus kat sekolah Angah, Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok 2. Sebelum berbuka, ada majlis khatam Al-Quran yang mana Tadarus Al-Quran telah dijayakan oleh pelajar-pelajar Tahun 6 yang dijalankan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan. Kemudian, ada acara penyampaian hadiah atau cenderahati sempena Tadarus... 

       
 
 Majlis khatam Al-Quran kat surau sekolah.
       
 Ruang Angah berbuka puasa bersama kawan-kawannya.
              

  
Cikde dan Aus berbuka kat kantin. Bestnye air bandung...!


Yang ni pulak, majlis berbuka puasa kat Sekolah Menengah Sultan Ismail pada 6 Ogos 2011. Program berbuka puasa anjuran Persatuan Alumni Sekolah... Sekolah Abang Ngah dulu....

banyak giler makanan...



Sunday, August 21, 2011

Mencari barakah dalam Tadarus



 TADARUS di GONG BETING, 5 Ogos 2011.

   
   

TADARUS di KERTEH 2, 20 Ogos 2011.

    
     
               
                    

Thursday, August 18, 2011

Nuzul Quran

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni adalah hari  ke-18 kita berpuasa, dan kelmarin adalah hari Nuzul Quran.
Apakah yang kita lakukan untuk hari Nuzul Quran kelmarin?
Adakah kita gembira dengan apa yang kita capai kelmarin?
Moga amalan kita diterima Allah.
Marilah kita berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada hari kelmarin.

Bak coretan Sakinah di blognya, mengenai hari Nuzul Quran,
Sentiasalah berdamping dengan Kalamullah, semoga hati sentiasa tenang dan terang.
Beramal di dunia untuk kesejahteraan di Akhirat sana.
Semoga kita tergolong dalam golongan para syuhada. Insya-Allah.

Monday, August 1, 2011

Bulan Ramadhan

Dikesempatan ini saya ingin memhohon ampun maaf daripada semua yang mengenali diri ini atas segala kesalahan dan kekhilafan. Maafkan saya ye... Moga Ramadahan kita kali ini lebih sempurna dan diberkati. Amin....



 Selamat berpuasa dan selamat beramal di bulan Ramadhan.

Beriadah di Pantai Penunjuk

30 Julai 2011: 2 hari sebelum kita menyambut Ramadhan. Dari Kuantan singgah umah Kak Ngah dalam jam 12.30 tengah hari. Kak Ngah ajak bersantai tepi pantai. Cikde dah tak larat nak buat bersiapan untuk santai tu, baru je sampai dari Kuantan kan... Nasib baik ada Cik Liza tolong masak-masak dan sedia apa yang patut. Dalam jam 3.00 petang kami bertolak ke Pantai Penunjuk, Kijal. Makan-makan, lepak-lepak....