Thursday, April 26, 2012

Warga TATIUC baru

2 hari lepas berpeluang ke rumah Kak Aisyah untuk jumpa warga TATIUC yang baru. Namanya Nor Hana Danisha...
Baik sungguh Isya ni, tak meragam... tido je memanjang.


Ini Nor Hana Nia, kakak kepada Nurhana Danisya. Nia ni sayang sangat kat adik dia.


3 minggu sebelum tu, berpeluang ziarah ke rumah Kak Suhaila, jumpa warga TATIUC yang baru juga. Baby boy yang baik, diam je. Namanya ..... alamak, dah lupa... Ini lah jadi kalau berita lama baru nak post! Nanti Cikde risik2 semula nama baby boy ni ye... :).

Update: Dapat dah.. namanya Ahmad Muadz. Thanks to Cik Wan.

Wednesday, April 25, 2012

Program peningkatan kemahiran industri

Pada 21 - 24 April bertugas di Kuantan Parade. Promosi/hebahkan kepada orang ramai mengenai PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN INDUSTRI atau PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SISWAZAH. Nama cemana boleh lain ek? Apa pun, itu adalah program yang sama. Keterangan lanjut boleh dirujuk DISINI.




Batrisyia Amni.

Promosi adalah perlu untuk hebahan dan untuk pengetahuan orang ramai, tapi sambutannya sangat mengecewakan. Adeiii.. penat, bosan jugak, orang lari-lari ingatkan kita nak jual barang.. huhuh.. Takpelah, demi tugas yang diberikan. Mujur ada Batrisyia teman Cikde. :). Domo arigatougozaimas Batrisyia...

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SISWAZAH

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SISWAZAH,
SIJIL KEMAHIRAN GRADUAN

Kursus yang ditawarkan:
1) Computer Technology & CCTV > 7 bulan
2) Water & waste water analysis > 8 bulan
3) Robotic & Automation > 6 bulan
4) CAD CAM Application > 7 bulan
5) Industrial Plastic Technology > 6 bulan
6) Automotives Services Technology > 6 bulan
7) CNC Technology > 9 bulan
8) Industrial Design > 9 bulan
9) Industrial Motor Control > 7 bulan
10) Multimedia & Graphic Design > 6 bulan
11) CISCO Certified Network Associate (CCNA) > 8 bulan

Syarat penyertaan
- Warganegara Malaysia.
- Lepasan Diploma, Ijazah IPTA/IPTS, Diploma Kolej Komuniti, Diploma Kemahiran Malaysia yang belum/diberhentikan kerja.
- Siswazah yang telah tamat pengajian dan belum menerima sijil layak memohon.


Kelebihan program
- 80% latihan praktikal.
- Pembiayaan Kerajaan Malaysia (percuma).
- Elaun Sara Hidup RM 500.00.
- Penginapan disediakan (percuma) di kampus TATIUC.

Pertanyaan dan maklumat
TATI UNIVERSITY COLLEGE
Jabatan Perniagaan & Hubungan Industri
Tel: 09-8601173/4
En. Zahari = 019-965 0409
Pn. Mariamah = 013-9204029
Pn. Nur Faezah = 013-9142703


Tuesday, April 17, 2012

Finally, my first quilting!

Alhamdulillah... this is my first quilting. Susah juga nak kumpulkan kain cotton ni. Tak nak keluar modal banyak, so kumpullah kain cotton sikit2.  

       
      
                    
                            

  
                         
Fuuhhh, bangga dapat siapkan dua sarung bantal guna kaedah quilting. Jangan tak percaya, bantal pun hasil buatan sendiri tau. Guna kekabu kampung. Terima kasih pada ayah yang tak jemu buang biji kekabu.
            

Sunday, April 15, 2012

Mangsa Aedes







 

Hari ni, Ahad 15 April 2012, dah 4 hari 3 malam Wani bermastautin di Hospital Dungun. Mujur ada Kakak, boleh ulang-alik pergi hospital, gilir-gilir ngan Syuhada. Moga-moga cikgu boleh bagi lulus lah praktikal Wani tu. Bukan kita mintak nak demam gini kan. Jangan duk fikir sangat ea... Yang penting semangat dalaman mesti ada untuk lawan virus denggi. Moga Wani cepat sembuh.

Kelmarin, bawak tok gi hospital gak, buat medical check-up.. :) cek darah tinggi dan kencing manis. Doktor cek jantung tok sekali. Sian tok, penat duk rumah... tok kena banyak berehat la tok. Suruh berehat kat rumah kita, kat rumah Ayoh Cik Ling, tak mboh starang. Nok balik jugok. Dua minggu lagi kita bawak tok gi jumpa doktor lagi ea... Mana pulok gambo tok, takdop starang.




Ayah, hari fogging >>> ayah sakit kaki ni, tapi ku tetap paksa ayah keluar rumah. 

Friday, April 13, 2012

Fogging

Cik Wan dan Iffah datang rumah di hari fogging. Jamu 'jeppuk'. Takdop gambo Cik Wan + Iffah kat rumah. Bukan senang nak jenjalan ke sini.. kan? Silalah datang lagi ea...



Fogging di kawasan rumah.

Moga Wani cepat sembuh. Esok cikde gi hospital lagi ea.. Memang lah duk hospital diberi layanan istimewa, tidur berkelambu putih, makanan terhidang sedia, tapi yang tak tahannya bab kena cucuk jarum… kan? Sian Wani, bengkak2 tangan masuk air banyak sangat.

Walaupun Wani mula kena demam denggi tu dari Kota Bharu, tapi dah bermalam di kampung, maka kat kampung pun kena fogging jugak. Cikde rasa, inilah pertama kali rumah kita dan rumah jiran sekeliling kena fogging tau.

Adei, nak kena bersihkan longkang depan rumah.