Thursday, October 27, 2011

Menyisik

Menyisik bukan merisik ea... huhuhuh
Aktiviti cuti Deepavali, tolong kakak menyisik tali beg mengkuang... bukan senang ooo nak buat benda seni macam ni... 100% kerja tangan... 



                      
 

Tuesday, October 25, 2011

Angah, selamat menyambut hari lahir!


Angah yang rajin dan comel,
Selamat menyambut hari lahir yang ke-12 (24 Oktober 2011)!

Cikde doakan moga Angah berjaya mendapat keputusan UPSR yang terrrrrrbaeeek!
Moga Allah sentiasa berikan Angah kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki yang halal dan menjadi muslimah yang berjaya. 





Pesanan


Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

Monday, October 24, 2011

Qatarian


Khamis, 20 Oktober 2011: Pulang dari kerja, singgah sebentar kat Mesra Mall, bermesra bersama kawan Cikde ni namanya Wan. Dia sekarang ni dah selamat berada di Qatar - jadi babysitter sambil bercuti kat Qatar... best dapat jalan-jalan, tengok negara orang, timba pengalaman.


Ayu giler wanita ni hirup mushroom soup.


Wan buat apa ea kat Qatar sekarang ni? Masak nasi beriani kambing ke?


4th rag rug

Rag rug yang ke-empat selamat dihasilkan semalam. Cikde hasilkan rag rug kali ni hanya menggunakan jari, sangat senang dan tidak perlu lagi guna pengait.

Tak sabar-sabar nak tangkap gambar pun nyeee... so, you all can see my handmade rag rug like that.. Kalau tangkap gambar rag rug kat outdoors, nampak hasil lagi cantik...!


Lepas ni, nak cari t-shirt warna purple plak sebab nak hasilkan rag rug ikut warna tema - purple... ahaksss :)

Sunday, October 23, 2011

Anda dimata orang lain

Dipetik daripada laman sosial mukabuku....


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.


“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Friday, October 21, 2011

Majlis nikah Aidil-Aisyah

12 Februari 2010: Majlis pernikahan Aidil dan Aisyah di Masjid Kg. Tebing Tembah. Moga kalian diberkati, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat



Wang hantaran dari pihak Aidil




Sebentuk cincin



Sirih junjung







Hantaran buah








Menganyam beg mengkuang


Hari ini, tolong kakak menganyam beg mengkuang.... banyak giler nak kena siapkan... boleh rujuk sini, SIAPKAN TEMPAHAN BEG MENGKUANG....


Penganyam cilik... perut kenyang, suka la dia duk dekat anyam sama2... huhuhu