Monday, August 30, 2010

Happy Merdeka!

Esok, 31 Ogos 2010, kita rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 dengan tema "1 Malaysia Menjana Transformasi".

Happy Merdeka Day!


Majlis Tadarus di Masjid Jamek Paka

21 Ogos 2010: Bertolak ke Masjid Jamek, Paka jam 8.45 pagi. Acara bermula lebih kurang jam 9.00 pagi. Program ni dianjurkan oleh pergerakan wanita UMNO. Ramai juga yang hadir, lebih kurang 240 orang. Dibahagikan kepada 30 kumpulan. Satu kumpulan mesti habiskan 1 juzuk. Tak sampai 2 jam, siap khatam Quran. Kemudian ada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah (lupa nama) dan perasmian majlis oleh wakil rakyat (lupa gak nama dia). Kemudian ada penyampaian sumbangan bantuan kepada keluarga tak bernasib baik. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata kepada semua peserta tadarus. dapat kain pasang dan beberapa bijik nekbad. majlis tamat lebih kurang jam 12.45 tengah hari.


Kain tu boleh la aku guna buat belajar jahit2 baju lagi nanti… haha… best…

Sunday, August 29, 2010

Puding gula hangus

17 Ogos 2010: belajar masak puding gula hangus kat rumah sewa. boleh bawa balik kampung ni, makan waktu berbuka. ayah aku mesti suka. nampak best kan? memang best pun. guna susu pekat manis setengah tin dan tak perlu tambah gula. kurangkan manis dalam makanan...

Berbuka puasa pada hari ke-6

16 Ogos 2010: Pegi bazar ramadhan dekat Kijal beli ni, kerabu daging.. best…




Anak sedara nakal


bila buka file dalam laptop yang aku save dengan nama ‘word kosong’, tiba2 keluar yang ni…
Hai,namaku Nur Syafiqah Illiana Bt Mohd Karizal.
Umurku 10 tahun .Aku mempunyai 2 orang adik.
Aku rasa sungguh gembira kerana hari esok umat islam mula berpuasa .
Ramadan adalah bulan yang berkat.Hari pertama aku rasa penat
Tapi pada hari kedua aku rasa sihat.
Jangan padam



Mula2 terkejut jugak, nampak ada tulisan ungu --> yang sepatutnya kosong je la. huhuhu… rupa2nya Syafiqah yang tulis. anak sedara aku memang suka guna laptop, nak main game. Padahal mana ada game dalam ni yang ada pun solitaire. Aku ok, sbb sekurang2nya diaorang pandai klik2, dan bleh jugak main2 menaip. Tapi kekadang risau jugak, takut benda2 penting dalam laptop ni dia ter’delete’. Huhuhuh.
Habis tu Syafiqah, cikde memang tak bleh padam ke ni? Huuhuh…

Wednesday, August 25, 2010

hari yang sedikit sibuk...

bismillaahirrahmaanirrahiim...

boleh tahan jugak sibuk hari ni. tapi sempat lagi nak tulis2 kat blog, sebab rasa macam dah lama tak menulis disini.

emm... jap lagi nak pergi LHDN nak bayar duti tanah. banyak gak kena bayar. huhuhuh... pastu pergi CIMB, pastu pergi Maybank, pastu pergi pasaraya Nirwana.

kat Nirwana nak beli minyak masak dan kulit popia. petang ni ada majlis berbuka puasa dengan pelajar Polichem. aku sediakan popia goreng je.
semalam dah gulung dapat 160 biji. balik kerja petang nanti baru goreng. sempat jugak goreng popia 2 biji masa sahur tadi (nak rasa2 je). tapi semalam masih ada sayur goreng lebih yang dibuat inti, jadinya, beli lagi kulit popia la demi habiskan sayur goreng tu.

popia goreng --> senang disediakan, senang dimakan dan murah.
kenapa senang dimakan? sebab tak perlu sediakan bekas lain untuk makan popia ni. cadangnya sebelum ni nak buat puding atau cocktail, tapi macam tak sesuai sebab nak kena sediakan bekas/mangkuk dengan lain perkataan kurang budget. huhuhu... lastly, pilih menu popia goreng je. dijamin terbaik punye popia, sebab dibantu bersama oleh housemate yang baik hati. terima kasih ye housemate ku tersayang.


Wednesday, August 18, 2010

Tag from Farhana

1. Go to your photo file, select the 8th folder
2. Select the 8th photo in that album
3. Then challenge 8 blogger friends to do the same



Ingatkan tadi nk menipu dah...nk pilih gambar lain kalau tak sesuai... alih2 dapat gambar ni, mmg tak tipu punye, 8th photo in folder number 8.

The picture that I used in Safety subject. Manual handling techniques or safety handling.

Nak suh sape buat neh, abis seme sudah di sebut Farhana.
1) Ariza
2) Fatin
3) Kak Aisyah

Tuesday, August 17, 2010

Anak saudaraku yang ke-22, 23 dan 24

Ini anak saudara yang ke-22, Mohamad Hadif lahir awal tahun 2010... lupa la tarikh ...mak dia tolong isi jap... ni gambar terbaru... sini gambar Hadif baru lahir...


Ini pulak anak saudara yang ke-23, namanya Amrina Rosyada. Lahir pada 11.07.2010. Ini gambar Amrina pada hari ke-9. Comel kan Amrina senyum.....


Yang ini anak saudara yang ke-24, fresh lagi, baru je keluar dari dewan bersalin... setakat hari ni belum tahu nama budak comel ni... tapi semestinya ada Ridhuan (ayah yang bagi, jadinya kena buh jugak la) ... lahir pada 08.08.2010


Moga semua anak saudaraku membesar dengan sihat sentiasa, bijak pandai, jadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat. Moga menjadi seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran tinggi, diasah dengan ilmu agama, berbudaya tinggi, bertanggungjawab dan lain-lain yang sewaktu dengannya lah.... Cikde sayang seme....


Sunday, August 15, 2010

Juadah berbuka hari pertama...

Perrrrgghhh... marvelous, best yang amat.... housemate masak, aku pemerhati je... semua makanan favorite... ikan goreng terutamanya, telur masin, terung goreng pedas... fuuuhhhh... hari ni diaorang nak masak apa ek.... ?

Wednesday, August 11, 2010

Give away contest

GA ni datangnya dari blog Kak Rosima Zainun, Pulau Pinang sempena menyambut bulan Ramadhan katanya.... klik SINI ye untuk keterangan lanjut... beliau sedia menerima tempahan kuih raya dan produk utama beliau adalah yang ada kaitan dengan coklat contohnya kek coklat, cupcakes dan sebagainya. Tengok semuanya sedaaaaap... black forest, chocolate moist cake, homemade chocolate, marble cheese brownies.... blueberry cheese tart... fuuuhhhh.. buat saya lapar plak tengah2 puasa neh... Kak Rosima juga ada buka kelas masakan kepada sesiapa yang berminat nak belajar buat kuih dan kek.

Emmm... saya ni tak pernah jumpa dan tak kenal pun Kak Rosima ni, tapi coklat free punye pasal... saya nk join la contest neh... boleh kan?

GA ni bermula 11 Ogos 2010 dan berakhir 11 September 2010.


Hadiah utama 6pcs homemade choc with/wo filling with bookstyle packing




4 Hadiah saguhati 2pcs homemade choc with/without filling perset

Selamat Berpuasa



Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf daripada adik-adikku, saudara mara, kawan-kawan dan semua yang mengenali diri ini atas segala kesalahan yang mengguris perasaan. Jika ada yang terbuku dihati atau hutang yang masih belum dijelaskan bolehlah luahkan diemel saya. Mungkin saya terlupa atau tidak terperasan apa yang berlaku dalam hubungan kita.

Moga kita diberikan kesihatan yang baik, ketenangan dan kelapangan masa yang sempurna demi mendapatkan keredhaan dibulan yang mulia ini.

SELAMAT BERPUASA