21 Ogos 2010: Bertolak ke Masjid Jamek, Paka jam 8.45 pagi. Acara bermula lebih kurang jam 9.00 pagi. Program ni dianjurkan oleh pergerakan wanita UMNO. Ramai juga yang hadir, lebih kurang 240 orang. Dibahagikan kepada 30 kumpulan. Satu kumpulan mesti habiskan 1 juzuk. Tak sampai 2 jam, siap khatam Quran. Kemudian ada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah (lupa nama) dan perasmian majlis oleh wakil rakyat (lupa gak nama dia). Kemudian ada penyampaian sumbangan bantuan kepada keluarga tak bernasib baik. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata kepada semua peserta tadarus. dapat kain pasang dan beberapa bijik nekbad. majlis tamat lebih kurang jam 12.45 tengah hari.
Kain tu boleh la aku guna buat belajar jahit2 baju lagi nanti… haha… best…
0 comments:
Post a Comment