Tuesday, November 30, 2010

Tiba : hari pertama

29 November 2010: Ini pulak gambar dalam perjalanan dari airport ke Universiti Mie. Masa duk dalam kereta tak perlu buka aircond macam kat malaysia.. dh sedia sejuk kat sini. keluar je dari kereta, memang lagi terasa kesejukannya..:)





untuk makan tengah hari, disediakan oleh pihak Universiti Mie. jangan terkejut ye, memang dia ada sediakan makanan yang ada ba alif ba ya dan ayam. ayam kan memang tak boleh makan yang kat sini punye, dia tak sembelih ayam. tapi diaorang dah bgtau siap2 yang mana tak boleh makan.

untuk makan malam plak, Abg Fadhil bersama isteri (Nor) dan tiga orang anaknya (Nuruddin, Mariam, Fatima) bawa kami pegi makan nasi kat kedai makan berhampiran. kat kedai sini Nor banyak tunjukkan yang mana bleh makan dan yang mana tak bleh makan. cikde memang ambil gambar masa makan tu, tapi tak tau hilang ke mana.. huhuhu.... silap save.

Airbus

28 November 2010, Ahad: kena tukar tarikh kat blog ni agaknya. macam mana nk buat...

ni pulak cikde upload gambar masa dalam flight ke Jepun tu. ramai penumpang. penuh jugak la 1 flight tu.

naik flight malam. tido 1 malam dalam flight. esok tu bangun pagi tengok pemandangan kat luar. tangkap gambar gunung ganang. tak berapa jelas. tapi boleh nampak kan? cikde tak duduk kat sebelah tempat duduk yg boleh nampak matahari terbit. kalau duk sebelah situ, memang silau la.

ini makanan dalam flight. mula2 dia bagi makan kacang masin+jus. pastu lebih kurang jam 2.00 am, makan lewat malam pulak = roti+burger+jus.

yang ni pulak untuk sarapan pagi, lebih kurang jam 5.30 am. cikde pilih nasi lemak.


Alhamdulillah, jam 7.30 am (29 Nov 2010, Isnin) sampai la kat airport Kansai, Jepun.

Di KLIA

28 November 2010, Ahad: Assalamualaikum mak ayah dan keluarga semua. semoga semua sihat2 aje. kat sini sekarang jam 12.30 am. cikde upload gambar masa kat KLIA (28 hb November 2010).

pegi ke tempat nak naik flight tu kena naik bas. bas kat KLIA la. berapa minit ntah, dekat je. tapi kalau jalan kaki memang jauh giler. pening2 sebab galas beg berat sangat. nasib baik ada beg bertayar 4 tu. jalan2 dalam tu, tengok2 kedai duty free. pastu berhenti makan kat Delifrance. Nabihah je makan kat situ. Cikde tak makan pun, sebab masih kenyang. petang masa kat airport Kuantan tu kan mak ada suap keropok lekor, kak long ada suap otok-otok. boleh bertahan. lagipun, tengok la harganya tu. huhuhu...

Tajuk?

Bersama anak-anak sedara dan adik pilih baju sejuk kat East Coast Mall, Kuantan... yang adik pakai tu harga dia lebih kurang RM300 rasanya... kat sini (Tsu, Jepun) second hand punye tapi nampak macam baru dalam RM 40 je (lebih kurang la)...


Visa Jepun yang ditampal dalam passport (diuruskan oleh Syuhada, staf TATI)... tiket penerbangan dan kamus yang diberi pinjam oleh Wan Nor Ezzati Fatini (pelajar FSC).. arigatozaimas...


Beg besar lain, ini hand luggage yg nak bawa naik atas flight... nampak je kecik... berat giler nk angkat buh kat tempat ruang simpan beg tu... lain kali jgn letak barang berat sangat...

Kasut ni je pakai nk pegi Jepun? Boleh tahan ke? Setakat 2 hari ni boleh lagi la...


Suasana dalam flight Airbus... ramai giler orang yg nk pegi Jepun... penuh...

Dah sampai dengan selamat

30 November 2010: Assalamualaikum semua terutama untuk mak ayah dan keluarga....

Alhamdulillah, kami selamat sampai kat Lapangan Terbang Kansai, Osaka, Jepun, kelmarin (29 November 2010) jam 7.30 am waktu Jepun... kalau waktu Malaysia jam 6.30 am... selesai ambil beg, beratur panjang untuk imigresen..seme selesai dalam jam 8.10 am... pastu supervisor, Masataka Sensei ambil kami dan bawa ke Universiti Mie.... sampai kat Universiti Mie dalam jam 11.00 am... dah jumpa famili dari Malaysia... lega boleh cakap2 bahasa Melayu... Semua selamat disini... Alhamdulillah....

Kena belajar Bahasa Jepun dengan gigih lepas ni... ganbatte!

Rindu kat keluarga semua...



Sejuk sangat kat sini... ada matahari sama macam kat Malaysia.. tapi lebih sejuk dari aircond Malaysia... :)

Wednesday, November 24, 2010

Risau


Risau nak mulakan rutin harian yang berbeza minggu depan... tinggal beberapa hari saje lagi... moga dipermudahkan segala urusan....

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha - 1431 Hijriah

17 hb November 2010, Rabu: Hari Raya AidilAdha kali ni dapat disambut dengan meriah sekali. Selesai sahaja sembelih seekor lembu, pembahagian daging dibuat dan persediaan untuk kenduri aqiqah dilaksanakan sebaik mungkin. Kenduri aqiqah (gunting rambut) untuk Amrina Rosyada dan Muhammad Arif Ridhuan selepas solat Asar. Tak banyak ambil gambar....