Tuesday, May 31, 2011

OGA 2011


Rabu dan Khamis (1-2 hb Jun 2011), mengikuti rombongan ke pameran OGA 2011 di KLCC. 


Kepada semua pelajar Foundation (FSC dan FEC) yang saya kasihi, kelas pada hari tersebut dibatalkan. Nanti kita buat kelas ganti...ok! Terima kasih banyak-banyak di atas kerjasama anda. Sampai jumpa lagi minggu depan.

With Isamu and Yasuki #1

Isamu Okazaki has arrived in TATIUC on 11 May, while Yasuki Tanaka arrived on 16 May. They stay here for one week. This visit is part of the MOU program between TATIUC and Mie University.



Isamu and Yasuki presentation.


Breakfast nasi lemak at my home.Terima kasih pada Kak Long dan keluarga kerana susah payah sediakan nasi lemak untuk kami. Terima kasih Kak Long... lain kali nak nasi dagang pulak.. :)


  
At Pantai Batu Burok.


 Kedai buah Kuala Kemaman

Monday, May 30, 2011

Lawatan ke BASF PETRONAS Chemical Sdn Bhd

Terima kasih kepada semua rakan staf FTKK, TATIUC dan pelajar 2PT yang menyertai rombongan lawatan ke BASF PETRONAS Chemical Sdn Bhd pada 26 Mei 2011 lepas. Kehadiran anda memeriahkan lagi aktiviti lawatan tersebut. Terima kasih kepada En. Shahidan (daripada BASF) kerana menerima lawatan kami.



Tidak dinafikan, memang banyak ilmu baru yang dapat saya belajar.

Program lawatan dimulakan dengan menonton video keselamatan. Berdebar juga.... semua orang yang ada dalam kawasan BASF mesti mematuhi arahan-arahan keselamatan BASF dan tahu langkah-langkah yang mesti dilakukan diwaktu kecemasan.

Tak ada idea nak buat research apa... huhuhuhu.... penat la rasanya...


Dan di BASF lah tempat terakhir kami dapat bersama-sama Kaneco Sensei, Dr. Egusa dan Dr. Ahmed sebelum mereka berangkat pulang ke Jepun. Moga dapat berjumpa lagi di lain masa.... Mata-ne

Kaneco Sensei, Dr. Egusa dan Dr. Ahmed.


Pokok hiasan

Koleksi pokok-pokok hiasan. Berhajat untuk tambah lagi pokok bunga terutamanya orkid.


 

Sunday, May 29, 2011

Rumah burung: Encik Anas

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya, saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak berblog.  Mohon maaf kepada En. Anas dan Kak Azwani yang ada menempah rumah burung. Baharu sekarang (musim cuti sekolah) abang saya ada kelapangan untuk mula buat rumah burung. Rumah burung pertama seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah adalah untuk En. Anas (Kedah) . Harapnya En. Anas suka. 

 
 Rumah burung tanpa tiang. Pembaris pendek sebagai penanda ukuran. Lupa nak ambil ukuran tepat. Maaf ye, En. Anas jangan lupa letak cebisan makanan ye.







Nampak tak rumah burung kat laman rumah abang saya ni (gambar di bawah). Yang ni pun rumah burung tanpa tiang. Letak aje atas para, tak perlu paku pun. Dah banyak kali burung datang bertelur kat situ. Kali ni ada 4 biji telur burung (abg Meri, apa nama burung tu ek?).
 




Ranting kayu yang ada ni adalah hasil kerja burung itu sendiri. :)