Sunday, May 29, 2011

Rumah burung: Encik Anas

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya, saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak berblog.  Mohon maaf kepada En. Anas dan Kak Azwani yang ada menempah rumah burung. Baharu sekarang (musim cuti sekolah) abang saya ada kelapangan untuk mula buat rumah burung. Rumah burung pertama seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah adalah untuk En. Anas (Kedah) . Harapnya En. Anas suka. 

 
 Rumah burung tanpa tiang. Pembaris pendek sebagai penanda ukuran. Lupa nak ambil ukuran tepat. Maaf ye, En. Anas jangan lupa letak cebisan makanan ye.







Nampak tak rumah burung kat laman rumah abang saya ni (gambar di bawah). Yang ni pun rumah burung tanpa tiang. Letak aje atas para, tak perlu paku pun. Dah banyak kali burung datang bertelur kat situ. Kali ni ada 4 biji telur burung (abg Meri, apa nama burung tu ek?).
 




Ranting kayu yang ada ni adalah hasil kerja burung itu sendiri. :)


0 comments: