Wednesday, May 9, 2012

Pameran penyelidikan & inovasi TATIUC



Pameran Penyelidikan & Inovasi TATIUC (TARIE 2012) akan diadakan pada 18 - 19 Mei 2012 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu. Program yang bertemakan "memperkasa budaya penyelidikan & inovasi" ini diharapkan dapat memberi banyak informasi dan pendedahan penyelidikan terkini di TATIUC kepada orang ramai disamping mempromosikan  TATIUC. Program ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan pameran daripada pihak Telekom Malaysia, Sirim, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, TESDEC dan TTITC.

Semua rakyat Malaysia terutama pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dijemput hadir. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk  pengunjung bertuah, pemenang kuiz mahupun peserta kuiz.

Ikan di laut banyak berjuta,
Dapat seekor masak tumis,
Kepada semua rakyat jelata,
Jemputlah datang meriahkan majlis.

Ikan sepat si ikan haruan,
Ikan keli dalam sawah,
Otak berinformasi tambah pengetahuan,
Hati gembira dapat hadiah.


1 comments:

dapurCikWan said...

pantun tu bakpe dok masuk skali dalam tu??