21 Ogos 2010: Bertolak ke Masjid Jamek, Paka jam 8.45 pagi. Acara bermula lebih kurang jam 9.00 pagi. Program ni dianjurkan oleh pergerakan wanita UMNO. Ramai juga yang hadir, lebih kurang 240 orang. Dibahagikan kepada 30 kumpulan. Satu kumpulan mesti habiskan 1 juzuk. Tak sampai 2 jam, siap khatam Quran. Kemudian ada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustazah (lupa nama) dan perasmian majlis oleh wakil rakyat (lupa gak nama dia). Kemudian ada penyampaian sumbangan bantuan kepada keluarga tak bernasib baik. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata kepada semua peserta tadarus. dapat kain pasang dan beberapa bijik nekbad. majlis tamat lebih kurang jam 12.45 tengah hari.
Kain tu boleh la aku guna buat belajar jahit2 baju lagi nanti… haha… best…
17 Ogos 2010: belajar masak puding gula hangus kat rumah sewa. boleh bawa balik kampung ni, makan waktu berbuka. ayah aku mesti suka. nampak best kan? memang best pun. guna susu pekat manis setengah tin dan tak perlu tambah gula. kurangkan manis dalam makanan...
bila buka file dalam laptop yang aku save dengan nama ‘word kosong’, tiba2 keluar yang ni…
Hai,namaku Nur Syafiqah Illiana Bt Mohd Karizal.
Umurku 10 tahun .Aku mempunyai 2 orang adik.
Aku rasa sungguh gembira kerana hari esok umat islam mula berpuasa .
Ramadan adalah bulan yang berkat.Hari pertama aku rasa penat
Tapi pada hari kedua aku rasa sihat.
Jangan padam
Mula2 terkejut jugak, nampak ada tulisan ungu --> yang sepatutnya kosong je la. huhuhu… rupa2nya Syafiqah yang tulis. anak sedara aku memang suka guna laptop, nak main game. Padahal mana ada game dalam ni yang ada pun solitaire. Aku ok, sbb sekurang2nya diaorang pandai klik2, dan bleh jugak main2 menaip. Tapi kekadang risau jugak, takut benda2 penting dalam laptop ni dia ter’delete’. Huhuhuh.
Habis tu Syafiqah, cikde memang tak bleh padam ke ni? Huuhuh…
boleh tahan jugak sibuk hari ni. tapi sempat lagi nak tulis2 kat blog, sebab rasa macam dah lama tak menulis disini.
emm... jap lagi nak pergi LHDN nak bayar duti tanah. banyak gak kena bayar. huhuhuh... pastu pergi CIMB, pastu pergi Maybank, pastu pergi pasaraya Nirwana.
kat Nirwana nak beli minyak masak dan kulit popia. petang ni ada majlis berbuka puasa dengan pelajar Polichem. aku sediakan popia goreng je. semalam dah gulung dapat 160 biji. balik kerja petang nanti baru goreng. sempat jugak goreng popia 2 biji masa sahur tadi (nak rasa2 je). tapi semalam masih ada sayur goreng lebih yang dibuat inti, jadinya, beli lagi kulit popia la demi habiskan sayur goreng tu.
popia goreng --> senang disediakan, senang dimakan dan murah. kenapa senang dimakan? sebab tak perlu sediakan bekas lain untuk makan popia ni. cadangnya sebelum ni nak buat puding atau cocktail, tapi macam tak sesuai sebab nak kena sediakan bekas/mangkuk dengan lain perkataan kurang budget. huhuhu... lastly, pilih menu popia goreng je. dijamin terbaik punye popia, sebab dibantu bersama oleh housemate yang baik hati. terima kasih ye housemate ku tersayang.
Ini anak saudara yang ke-22, Mohamad Hadif lahir awal tahun 2010... lupa la tarikh ...mak dia tolong isi jap... ni gambar terbaru... sini gambar Hadif baru lahir...
Ini pulak anak saudara yang ke-23, namanya Amrina Rosyada. Lahir pada 11.07.2010. Ini gambar Amrina pada hari ke-9. Comel kan Amrina senyum.....
Yang ini anak saudara yang ke-24, fresh lagi, baru je keluar dari dewan bersalin... setakat hari ni belum tahu nama budak comel ni... tapi semestinya ada Ridhuan (ayah yang bagi, jadinya kena buh jugak la) ... lahir pada 08.08.2010
Moga semua anak saudaraku membesar dengan sihat sentiasa, bijak pandai, jadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat. Moga menjadi seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran tinggi, diasah dengan ilmu agama, berbudaya tinggi, bertanggungjawab dan lain-lain yang sewaktu dengannya lah.... Cikde sayang seme....