Thursday, October 29, 2009

Khamis

Hari ni hari Khamis, esok dan lusa cuti.... yea...

Tuesday, October 27, 2009

Konvokesyen USM, 25 Mac 2009



Ini adalah rupa tesis saya.... bukan senang nak siapkan nih... banyak halangan, rintangan, suka dan duka..

Adik-adikku bila plak nak siapkan macam gini? i tau, u all mempunyai semangat tinggi untuk siapkan tesis... Selamat berusaha utk adik-adikku tersayang... i sayang u all...
t
TERIMA KASIH !!!
Walaupun dah lama konvokesyen berlalu, saya ingin juga abadikan saat-saat gembira tu disini. Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam meneruskan kehidupan di USM dulu.
Terima kasih tak terhingga untuk adik-adikku yang tersayang, jasamu yang tak terbalas takkan ku lupa.
Terima kasih kepada Dr. Rohana, Dr. Mohamad, Dr. Nasri, Dr. Nasir, semua kakitangan Pusat Pengajian Sains Kimia dan sahabat-sahabat sekalian. Terlalu ramai untuk disenaraikan disini, bagaimanapun saya ucapkan jutaan terima kasih. Wajah-wajah kalian semua masih segar dalam ingatan.



Sunday, October 25, 2009

Rumah burung untuk dijual!


Letakkan cebisan roti atau beras untuk memikat burung singgah dan bertamu di laman anda
t
“LAMAN yang indah bukan hanya menjadi santapan mata bahkan turut memikat hidupan lain seperti rama-rama, pepatung dan burung liar untuk singgah mencari makanan. Berikutan itu, hiasi laman anda dengan pelbagai aksesori bagi memudahkan lagi memikat hidupan lain bertamu dan mencari makan seperti meletakkan ‘bird house’ atau rumah burung di sudut taman kediaman”. (Sumber: http://www.bharian.com.my/)

Kepada peminat laman/taman yang berminat untuk memiliki rumah burung yang cantik ni bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Gambar di atas adalah contoh rumah burung yang telah siap hasil kreativiti abang saya. Pelanggan juga boleh mereka cipta sendiri serta menentukan warna rumah burung yang dikehendaki mengikut citarasa masing-masing. Harga boleh dirunding. Terima kasih.
p/s: Moga-moga tak ada la hidupan yang tak diundang berkeluarga disitu... ngeh ngeh ngeh... :)