Thursday, June 24, 2010

Solat gerhana

Hukum solat Gerhana adalah sunat muakkad atau pun sunat yang digalakkan. Solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana. Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan solat Jumaat.



ASY-SYAMS (Matahari), Surah 91, ayat 1-10.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang.
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya.
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap gelita).
5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh) - yang melambangkan kekuasaan-Nya).
6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhluk-Nya).
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiaannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
10. Dan sesungguhnya hampalah org yg menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Gerhana bulan Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini (26 Jun 2010). Gerhana bulan itu akan bermula jam 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada jam 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa), semalam.



Wednesday, June 23, 2010

Mari beli tikar mengkuang

23 Jun 2010: Tikar mengkuang tidak berduri ada dijual disini :) dengan pelbagai corak yang unik dan menarik rekaannya serta pelbagai produk mengkuang lain. Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila layari http://www.jendilacraft.blogspot.com/.

 

Jus jambu batu merah jambu

23 Jun 2010: Disini ada menjual jus segar jambu batu merah jambu. Untuk keterangan lanjut boleh klik di http://www.sunrise-guava.com/.


Nutritional Benefits5 times more Vitamin C than oranges.
The guava is a good source of several vitamins and minerals including vitamin C, calcium, potassium, iron, carotenoids (vitamin A), and folate. It is also a good source of fiber, which is known to help prevent gastrointestinal cancers as well as lowering cholesterol levels. In addition, the level of vitamin C in the edible rind of the guava is five times higher than that of an orange.

Mesin jahit Epal

16 Jun 2010: Alhamdulillah.... petang rabu yang bertuah dengan hujan renyai2 menyambut ketibaan mesin jahitku model Janome 2409... Moga ini adalah hujan rahmat dimusim kemarau begini... akhirnya aku dapat miliki mesin jahit sendiri... susah payah kumpul duit nak beli ni... bayar pendahuluan sejak 24 April 2010 lagi...


Banyak yang boleh dijahit dan semoga dapat pulangan keuntungan yang lumayan. Paling penting adalah ketelitian, kesabaran dan kesungguhan. Mudah-mudahan ada yang berkenan untuk ambil upah jahit langsir dengan aku... nak buat projek kuilting... moga menjadi.... Amin...

Tuesday, June 22, 2010

Akuarium

13 Jun 2010: Dah sebulan lebih aku miliki akuarium ni...siap ada dua bijik lagi hah... Impian jadi kenyataan... suka tengok ikan berenang2.. kalau bleh nk akuarium lagi besar, tapi mak tak bagi, katanya membazir... huhuhu....
Mudah-mudahan ikan aku dapat membesar dan membiak dengan jayanya....

Berkelah di Teluk Bidara

13 Jun 2010: Bersamaan hari Ahad --> ambil cuti kerja semata2 nk ikot seluruh keluarga berkelah di pantai Teluk Bidara, Dungun. Pemandangan yang sangat cantik dengan pantai yang bersih.

Baharu saje jejak kaki, terus bentang tikar dan buka bekalan makanan. Macam la jauh sangat perjalanannye... huhuhu.... Best sgt, ada nasi putih, nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, bubur jagung, barbeque ikan, udang, sotong dan ikan pari.
Sempat lagi Kak Long layur mengkuang dia....:) hargai masa....
Berpanas sebelum ada khemah...
Senang je pacak tiang khemah tepi pantai...Dah siap pasang khemah tu, lepak tak hengat lapar la....

Sambut hari lahir Izzati

30 Januari 2010: Lupa nk upload.... ni plak sambutan hari lahir Izzati yang ke -15. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dapat belajar dengan cemerlang, berjaya dalam apa jua yang diceburi dan bahagia dunia akhirat.




Sambut hari lahir Abg Ngah

2 Jun 2010: Abg Ngah belanja makan. Malam sebelum tu kononnya Ngah nk buat surprise sempena birthday Abg Ngah, tapi tak menjadi... sbbnye Abg Ngah balik lambat.... huhuhuh...
Majlis tambah meriah dengan adanya mak dan ayah --> siang tadi pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan. Meriah berganda-ganda dengan kehadiran famili Abg Kija dan famili Norida.


Bukan senang nk tengok acara macam gini.

Mak dan ayah pun tak lepas peluang tunjuk kemesraan.... :)

Duduk paling kiri, dua org tu... kononnya malu nk buat acara mesra.

Gembira je nampak...! Perut dah kenyang boleh la balik...

Pelangi

12 Mei 2010: Sempat ambil gambar pelangi kat TATiUC. Cantik sgt....


Majlis Penyampaian Sijil

11 Mei 2010: Majlis Penyampaian Sijil untuk bekas pelajar Industrial Skills Enhancement Program (INSEP) di AWANA, Kijal.

Holiday at De Rhu

23-24 April 2010: Dpt voucer percuma menginap di Hotel De Rhu 2 hari 1 malam. Makan maggi sekadar alas perut nk pergi berenang--> jimat kos sementara tunggu makan malam.


Gadis kepala dua.


Dugong lemas dalam kolam berklorin.

Nape termenung je... kalau nak main air lagi pergi je la terjun!

Ada berapa org ni? Hotel ni tepi pantai je...puas mandi kolam, pegi berkeliaran kat pantai plak.... (berkeliaran ke?)

Rumah teres

20 April 2010: Pergi jenguk-jenguk rangka rumah kat Meraga Beris... tak berkenan ngan rumah tepi ni.... nanti nk tukar lain. Rumah teres ni nampak kecik plak...tapi takpe, Alhamdulillah.. syukur dengan apa yang aku dapat. Sape kata rumah murah???? Ini bukan rumah murah tau, mahal nih... ratus ribu!!!!!!! Huhuhu...

Team building

1-3 April 2010: Kursus Jati Diri dan Semangat Kerja Berpasukan di Mayang Sari Resort, Dungun. Best sgt... pasukan kami menang permainan bola tampar dan persembahan. Persembahan dengan tajuk Tanggang si Anak Derhaka... Aku jadi ibu tanggang.... :)